fbpx

Tips Mudah Untuk Kelihatan Awet Muda Dengan Menggunakan Limau Kasturi Sahaja

iCookAsia

Kebiasaannya ramai yang guna limau kasturi dalam masakan seperti sambal belacan. Anda semua mesti nak tahu kan sebenarnya limau kasturi ini dapat membantu seseorang untuk tampil lebih muda tau. Senang sahaja. 

Dan bukan itu sahaja, limau kasturi ini pun mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Jom Admin share.

Terima kasih Habibah Badar Bajrai untuk perkongsian tips Untuk Awet Muda ini 🙂

Cara-cara:

  1. Pertama sekali, ambil dua biji limau kasturi dan perahkan ke dalam gelas.
  2. Pastikan untuk tidak tambah gula dan minum macam itu sahaja.
  3. Seterusnya, kalau mahu lagi senang, boleh perah banyak-banyak dan letak dalam bekas air batu dan bekukan. Bila nak guna, boleh je ambil satu. 

Manfaat Limau Kasturi:

  1. Limau kasturi mempunyai antioksidan yang luar biasa. Kadar phloretin dalam limau kasturi lagi tinggi daripada teh hijau.
  2. Bukan itu sahaja, terdapat juga acid ferulic. Asid ferulic dapat membantu kulit untuk jadi lebih muda dan boleh hilangkan kedut kecil pada kulit.

Senang kan? Boleh la lepas ini, anda semua cuba untuk minum limau kasturi ini.

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Habibah Badar Bajrai(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x