fbpx

Tips Untuk Kekalkan Kerangupan Ayam, Hanya Dengan Menggunakan Tiga Jenis Tepung Je!

iCookAsia

Nak tau tak satu rahsia? Bagi korang yang suka makan ayam atau selalu goreng ayam, korang wajib tahu tips ni tau. Hari ini, Admin nak share dengan korang macam mana nak bagi ayam kita lebih rangup. Baru lah nikmat nak makan dengan bunyi kerangupan yang boleh buat kita jatuh hati. Mana tidaknya, selalu kita goreng ayam tapi baru sahaja beberapa saat, dah tak sedap. Tapi dengan tips, korang tak perlu risau dah. Boleh la enjoy makan dengan sos kegemaran korang,

Jom Admin tunjuk.

Terima kasih Richard is cooking untuk perkongsian tips untuk merangupkan lagi ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

200 g tepung ubi kayu

100 g tepung custard

50 g tepung beras

500 g (potong secara ketul)

5 g serbuk knorr pasti sedap\

1 biji telur

Cara-cara:

  1. Masukkan tepung ubi kayu, tepung custard dan tepung beras ke dalam satu bekas yang sama serta goncangkan ia.
  2. Masukkan ayam ke dalam mangkuk. Masukkan serbuk knorr, telur dan 50g tepung yang siap digoncangkan sebentar tadi. Gaulkan rata.
  3. Celupkan ayam ke dalam tepung yang digoncang tadi dan pastikan untuk tapis tepung yang lebih.
  4. Sediakan minyak dan ambil secubit tepung untuk dimasukkan ke dalam minyak. Cara ini adalah untuk memastikan sama ada minyak sudah panas ataupun belum.
  5. Goreng ayam separuh masak sahaja dan angkat ayam tersebut terlebih dahulu.
  6. Keluarkan sisa-sisa tepung di dalam kuali.
  7. Goreng semula ayam tadi dan ayam akan lebih rangup. 

Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit tips dan gambar: Richard is cooking(TikTok)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x