fbpx

Tips Untuk Merebus Telur Supaya Tidak Mudah Pecah Dan Cantik Kejadiannya

iCookAsia

Walaupun ramai yang tahu cara untuk rebus telur, tapi sebenarnya ada tips yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil rebusan telur yang bagus dan cantik kejadiannya. Senang sahaja tips ini, anda boleh cuba di rumah selepas ini.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Basiroh KZ perkongsian tips Merebus Telur ini 🙂

Bahan-bahan:

2 sudu kecil garam

2 sudu kecil cuka

Cara-cara:

  1. Masukkan 2 sudu kecil garam halus dan 2 sudu kecil cuka masakan.
  2. Rebus seperti biasa dengan menggunakan api sederhana sahaja.

Telur akan menjadi lebih berkilat, kenyal dan sangat mudah dikupas.

Tips:

  1. Pertama sekali, paras air yang digunakan untuk merebus perlu pastikan tenggelam telur.
  2. Seterusnya, tidak perlu tunggu air mendidih, masukkan sahaja telur ke dalam air biasa dan rebus sehingga mendidih.
  3. Rebus selama 10 minit.
  4. Apabila sudah cukup masa, terus buang air.

Teknik untuk mudah kupas kulit telur, guna belakang sudu dan ketuk-ketuk manja, jika kulit sudah retak akan senang untuk dikupas.

Semoga bermanfaat! 😉

Kredit tips dan gambar: Basiroh KZ(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x