in , , ,

Tteobokki Versi Malaysia. Resipi Mudah Untuk Korang Buat. Resipi #Ramadan

Selalunya agak renyah kan untuk buat hidangan luar negara ni, ada bahan yang tak terdapat di pasaraya kita, jadi mungkin rasanya agak lari daripada yang asli.

Resipi Tteobokki atau Korean Rice Cake ini mengikut acuan orang kita, dan langkah yang disediakan juga mudah diikuti.

 

“Siapa sini suka makan Topokki/Tteobokki (Korean Rice Cake)? Ada ni ha buat sendiri tapi versi Malaysia.

 

“Sebelum ni saya ada post resepi Topokki tapi resepinya agak susah sedikit sampaikan adik saya komplen dia gagal buat topokki mengikut resepi saya. So, kt sini saya buat topokki yg senang sehaja tetapi kekenyalan dia tak sama. Sepatutnya kekenyalan topokki mesti sama mcm pemadam getah (eraser). Yang saya buat ni sedikit lembut. Hehe.”

 

Resepi Topokki:

1 cawan tepung pulut + 3 sudu besar tepung gandum + secubit garam + sedikit minyak bijan + air suam.

Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.

Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.

Sapukan minyak bijan atas pinggan dan letakkan topokki. Seterusnya kukus selama 5 minit.

Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.

Resepi kuah Topokki:

3 ulas bawang putih yang dicincang.

Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yang dicincang sehingga bau wangi.

Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar : sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi)

Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.

Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.

Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan.

Sumber : Zurina Zulkefli

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0