fbpx

Tukar Perisa Semperit Ini Dengan Tembikai Susu. Resepi Yang Sangat Mudah Ini, Mesti Ramai Berebut Nak Makan.

iCookAsia

Kuih Semperit ini antara kuih yang wajib ada pada musim perayaan. Dan kebiasaanya, semperit ini berwarna kuning sahaja kan? Kali ini, seorang pengguna Facebook kongsikan bagaimana hendak membuat Kuih Semperit berwarna hijau. Tetapi, kali ini tidak menggunakan pewarna apa-apa. Guna sahaja Krimer Manis Tembikai Susu ini sebagai perasa. Lain daripada yang lain kan?

Terima kasih Lie Ya untuk perkongsian resipi Semperit Tembikai Susu ini 🙂

Bahan-bahan:

250 gram buttercup/planta

1/2 cawan susu saji tembikai susu

4 cawan tepung jagung

Sedikit ceri untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Gaul sebati buttercup dan susu.
  2. Masukkan tepung sikit demi sedikit. Kemudian, uli doh bagi lembut dan tidak melekat.
  3. Tekan guna acuan semperit yang sesuai.
  4. Letakkan ceri sebagai hiasan.
  5. Dibakar mengikut suhu oven masing-masing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Lie Ya (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x