fbpx

Tukar Resepi Biasa Kuih Kaswi Gula Merah Kepada Kuih Kaswi Pandan. Sedap, Lembut Je Bila Makan.

iCookAsia

Kuih Kaswi atau juga dipanggil dengan nama Kuih Kosui dan Kuih Lompang ini adalah antara kuih-muih yang wajib dijual jika menjual pelbagai jenis Kuih tradisional. Kuih ini juga boleh dikategorikan antara kuih yang sangat senang dibuat kerana teknik mengukus yang digunakan. 

Haa, ia juga antara resepi yang Anti-Gagal. Wah, kalau begitu, rugi lah kalau anda tak cuba. Sebab betul-betul mudah dan sedap.

Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Kaswi Pandan ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

½ cawan tepung pulut

1 cawan gula

4 cawan air daun pandan

1 sudu kecil air kapur

Cara membuat:

  1. Kisar kesemua bahan. Kemudian tapis ke dalam bekas.
  2. Panaskan air kukusan sehingga mendidih.
  3. Sambil-sambil itu, sapu acuan dengan minyak dan tuang adunan ke dalam acuan. Dikukus selama 15-20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x