fbpx

Tukar Selera Orang Di Rumah Daripada Nasi Goreng Biasa Ke Nasi Goreng Tom Yam Thai. Gerenti Sedap!

iCookAsia

Masakan Nasi Goreng memang sangat mudah dan hampir semua orang boleh masak. Betul tak? Mungkin di rumah, nasi goreng masakan anda telah menjadi kegemaran mereka. Tetapi, apa kata kali ini, kita ubah selera daripada Nasi Goreng biasa ke Nasi Goreng Tom Yam. 

Kalau yang suka makan Tom Yam tu, pasti suka hidangan Nasi Goreng Tom Yam ini. Jangan lupa try tau!

Terima kasih Iryani Zaki untuk perkongsian resipi Nasi Goreng Tomyam Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

4 cawan nasi putih

3 bawang putih diketuk

1/2, labu bawang besar dicincang halus

2 sudu lada kisar

Telur 3 biji

Ayam atau seafood

3 sudu pes tomyam

1 inci lengkuas

1 batang serai dipotong halus

Daun limau purut

Akar dan daun ketumbar

Sayuran

Cara memasak:


1. Pecahkan telur dalam kuali dan kacau hingga masak. Ketepikan.

\
2. Tumis cili kisar dan bawang hingga naik bau.


3. Masukkan serai, lengkuas dan daun limau purut. Ketuk akar ketumbar dan masukkan ke dalam kuali.

4. Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam, atau seafood (nak letak telur sahaja pun boleh).


5. Masukkan pes tomyam dan kacau sekejap.

6. Masukkan nasi dan perasa dengan gula garam.

7. Akhirnya masukkan sayur dan kacau rata.

8. Hidangkan tabur daun ketumbar di hiris halus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Iryani Zaki (Facebook) via dapur Hati Yani

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x