in , , ,

Ubi Kayu Ketuk Goreng. Senang Je Nak Buat Tapi Serius Sedap.

Kalau ketandusan idea untuk membuat santapan petang, apa kata sediakan Ubi Kayu Ketuk Goreng. Cara nak membuatnya juga mudah. Selepas ubi kayu direbus, terpulang untuk makan begitu sahaja dan cicah dengan sambal bilis ataupun digoreng. Kedua-duanya cukup enak.

Terima kasih Nz Nor atas perkongsian resipi.

Bahan :

500 gm – 1 kg Ubi kayu – rebus hingga empuk

3 sb Gula

Kelapa parut – pilihan. Untuk berikan rasa lemak

1 sk Garam halus – jika sewaktu rebus sudah letakkan garam, tak perlu lagi letak dalam adunan

Sedikit tepung gandum – untuk mudah menggentel

 

Cara :

  1. Selepas ubi kayu direbus, tumbuk sehingga hancur.
  2. Kemudian gaulkan semua bahan dan bentukkan seperti bebola.
  3. Sediakan bancuhkan tepung untuk menggoreng.
  4. Panaskan minyak dan gunakan api besar. Apabila minyak betul-betul panas, baru masukkan bebola ubi.

Bahan bancuhan tepung :

1 pek Tepung beras

1 biji Telur

1/2 sk Garam

Secubit Kapur makan

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan bancuh sehingga nampak ala-ala warna oren. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair.

Kredit resipi & foto : Nz Nor

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading…

0