fbpx

Wanita Ini Kongsikan Resepi Mee Rebus Oleh Ibunya, Mesti Dicuba Dan Yang Penting Sedap!

iCookAsia

Mesti ramai yang rindu nak makan Mee Rebus kan? Dengan kelazatan nya yang sangat sedap dan kepekatan kuah menjadikan hidangan tersebut satu hidangan yang diminati ramai. Anda harus mencuba resepi ini tau.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Junainah Alimuslim perkongsian resipi Mee Rebus ini ๐Ÿ™‚

Bahan-bahan:

Bahan A:

500 g udang hidup sederhana besar

Cara membuat:

  1. Kopek kulit udang tersebut dan rebus kulit nya serta blend dan tapis air nya.
  2. Simpan sikit air rebusan untuk bancuh cucur udang, isi udang. Separuh masuk dalam kuah dan separuh untuk buat cucur udang.

Bahan B:

3 biji keledek merah

Cara membuat:

  1. Rebus dan kisar halus. Sewaktu kisar, pastikan air banyak pun tidak apa.

Bahan C (Untuk Tumis, Kuah):

1 genggam cabai kering (Direbus, kalau nak pedas, boleh letak banyak)

5 biji bawang merah besar

3 ulas bawang putih

Sedikit halia

3 biji tomato

(Blend semua bahan di atas)

1 cawan air asam jawa

10 sudu besar gula (anggaran)

Garam

Sup bunjut

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, tumis bahan A sampai naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa.
  3. Masukkan bahan B dan tumis lagi.
  4. Kemudian, masukkan bahan A untuk stok air udang dengan udangnya sekali.
  5. Masukkan sup bunjut dan masukkan air secukupnya.
  6. Perasakan dengan garam gula dan bagi cukup-cukup rasa masam manisnya. Kuah kena masak lama dengan api kecil. Biar bahan semua mesra.

Bahan Sampingan (Untuk Cucur Udang):

  1. Mula- mula, ambil sedikit air rebusan udang dan udangย  mesti dicincang halus.
  2. Ambil daun kucai dan bancuh dengan tepung, kunyit dan garam.
  3. Biar cair-cair sikit dan nanti akan jadi garing.
  4. Akhir sekali, goreng nipis-nipis dan garing.

Bahan lain (Letak sewaktu nak makan):

Mee

Telur rebus

Sawi (potong dan celur)

Cabai hijau dan merah (hiris)

Daun sup dan daun bawang

Bawang goreng

Tauhu

Limau kasturi

Udang kering (disangai dan di blend kering untuk tabur atas mee)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Junainah Alimuslim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x