fbpx

Wow Sedapnya Resipi Rendang Minang Lobster dari Chef Iskandar. Senang Je Masak!

iCookAsia

Hanya menggunakan pes Rendang Minang ‘ready to cook’ memudahkan kerja untuk memasak rendang minang. Tidak perlu lagi untuk menyediakan bahan-bahan tumis yang lain kerana pes tersebut telah lengkap dengan segala bahan yang diperlukan untuk Rendang Minang. Jimat masa dan mempercepatkan lagi proses memasak, lebih kurang 20 minit dah siap. Selamat mencuba.

 

icookasia rendang minang lobster chef iskandar 3

 

RENDANG MINANG LOBSTER

Bahan-bahan
1 paket pes Rendang Minang Mama’s Delights
400 gm Lobster
400 ml air suam
1/2 – 1 helai daun kunyit
1- 2 helai daun limau purut
Edible Flower – hiasan

Cara membuatnya
1. Masukkan air ke dalam kuali atau periuk.
2. Apabila air telah mendidih, masukkan pes Rendang Minang.
3. Masukkan pula Lobster dan tutupkan periuk dengan penutup (lebih kurang 5 minit). Biarkan kuah sedikit kering sambil dikacau sekali sekala.
4. Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Kacau.
5. Apabila lobster telah masak, keluarkan dan ketepikan sebentar.
6. Kacau sekali sekala kuah rendang minang tadi hingga sedikit kering dan pekat.
7. Akhir sekali tuangkan kuah rendang tadi ke atas lobster.
8. Hidangkan bersama dengan nasi putih.

rendang minang lobster chef iskandar icookasia

Tips Chef: Jangan masak seafood terlalu lama supaya isinya tidak mengecut.

icookasia rendang minang lobster chef iskandar 2

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x