Tak Payah Rebus Berjam-jam! Ini Rahsia Rendang Tok ‘Melting’ & Air Limau Padu Guna Spritzer Sparkling 🔥

Hai korang! Bila sebut je pasal Rendang Tok, mesti ramai yang rasa ‘bercinta’ nak masak kat dapur, kan? Yalah, selalunya nak tunggu daging lembu tu betul-betul empuk memang makan masa berjam-jam. Tapi, macam mana kalau kitorang share satu rahsia untuk jimatkan masa kat dapur, daging cepat empuk, dan rasa rempah makin meresap?.

Rahsianya adalah Spritzer Sparkling! Ya, air berkarbonat ni bukan je sedap buat air, tapi magik bila guna untuk masak daging. Jom kita tengok resepi kombo paling padu untuk raya tahun ni:

@icookasiamy

Nak jimatkan masa kat dapur? Jom rendamkan daging dengan Spritzer Sparkling, confirm cepat empuk. Tekstur daging jadi lembut, rasa pun makin meresap! Rendang Tok Melting Sparkling Bahan-bahan 1kg daging lembu (dipotong ketul) 6 ulas bawang putih 100g bawang merah 50g lengkuas 30g kunyit 50g pes cili kering 50g serai 1 helai daun kunyit (dihiris halus) 3 helai daun limau purut 1 sudu besar biji adas (disangai dan dikisar) 1 sudu besar biji jintan manis (disangai dan dikisar) 1 sudu besar biji ketumbar (disangai dan dikisar) 100g kerisik 500ml santan 1 ketul gula melaka Garam secukup rasa Minyak Spritzer Sparkling Cara Penyediaan Lembutkan daging: Rendam ketulan daging dalam Spritzer Sparkling sejuk selama 45 minit, kemudian toskan. Kisar bahan: Kisar bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit, dan pes cili kering sehingga halus. Masak: Panaskan minyak dan tumis bahan kisar serta serai sehingga naik bau. Masukkan daging dan gaul rata. Reneh: Tuangkan santan. Masukkan daun limau purut, kerisik, gula melaka, biji adas, jintan manis dan ketumbar yang telah dikisar. Perasakan dengan garam dan reneh dengan api kecil sehingga daging empuk dan kuah pekat. Akhir sekali: Teruskan memasak sehingga rendang menjadi gelap dan kering. Limau Selasih Pudina Sparkling Bahan-bahan 1 biji limau nipis 1 sudu besar biji selasih 4 helai daun pudina segar Gula secukup rasa 250ml air Spritzer Sparkling 150ml air panas Ais Cara Penyediaan Sediakan asas: Perah jus limau ke dalam cawan. Masukkan gula dan kacau sehingga larut. Tambah perisa: Masukkan biji selasih yang telah direndam dan daun pudina. Satukan: Tuangkan air Spritzer Sparkling yang telah disejukkan dan kacau perlahan. Isi gelas dengan ais, tuang campuran minuman, dan hias dengan daun pudina atau hirisan limau. Lengkapkan hidangan korang dengan Limau Selasih Pudina Sparkling yang super refreshing. Memang kombo paling padu untuk raya tahun ni! 🍹 #SerikanRayaSparkling #SamtingSamtingRaya #TipsMasakSparkling #raya2026

♬ original sound – icookasia – icookasia

1. Rendang Tok Melting Sparkling 🥩 Tekstur daging korang confirm jadi lembut dan melting dalam mulut kalau guna trik ni.

  • Bahan-bahan: 1kg daging lembu (dipotong ketul), 6 ulas bawang putih, 100g bawang merah, 50g lengkuas, 30g kunyit, 50g pes cili kering, 50g serai, 1 helai daun kunyit (dihiris halus), dan 3 helai daun limau purut. Korang juga perlukan rempah ratus iaitu 1 sudu besar biji adas, 1 sudu besar jintan manis, dan 1 sudu besar ketumbar (semua ni kena sangai dan kisar ya). Sediakan juga 100g kerisik, 500ml santan, 1 ketul gula melaka, garam secukup rasa, minyak, dan pastinya air Spritzer Sparkling.
  • Trik Lembutkan Daging: Mula-mula, rendam ketulan daging lembu tu dalam Spritzer Sparkling sejuk selama 45 minit, kemudian toskan. Inilah rahsia daging cepat empuk!.
  • Cara Masak: Kisar bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit, dan pes cili kering sampai halus. Panaskan minyak, tumis bahan kisar ni bersama serai sampai naik bau. Lepas tu, masukkan daging tadi dan gaul rata.
  • Proses Mereneh: Tuangkan santan, lepas tu masukkan daun limau purut, kerisik, gula melaka, dan rempah ratus (adas, jintan manis, ketumbar) yang dah dikisar. Perasakan dengan garam, kemudian reneh guna api kecil je sampai daging empuk dan kuah jadi pekat. Teruskan masak sampai rendang korang tu bertukar jadi gelap dan kering. Siap untuk dihidang dengan nasi panas!.
Spritzer Sparkling Natural Mineral Water

Spritzer Sparkling Carbonated Natural Mineral Water

2. Limau Selasih Pudina Sparkling 🍹 Dah makan menu berat dan berempah macam rendang, tekak wajib dibilas dengan minuman yang super refreshing!. Menu ni memang ngam teruk dan cara buat dia semudah ABC.

  • Bahan-bahan: 1 biji limau nipis, 1 sudu besar biji selasih (rendam dalam air selama 10 minit dulu bagi kembang), 4 helai daun pudina segar, gula secukup rasa, 150ml air panas, ais ketul, dan 250ml air Spritzer Sparkling.
  • Cara Bancuh: Mula-mula, perah jus limau nipis tu ke dalam cawan atau jag. Masukkan gula dan air panas sikit, pastu kacau sampai gula larut.
  • Tambah Perisa & ‘Sparkle’: Seterusnya, masukkan biji selasih yang dah direndam tadi beserta daun pudina. Kemudian, tuangkan 250ml air Spritzer Sparkling yang dah disejukkan dan kacau perlahan-lahan.
  • Cara Hidang: Isi gelas penuh-penuh dengan ais ketul, tuangkan campuran air limau bergas tadi, dan hiaskan dengan daun pudina atau hirisan limau.

Lengkap sudah hidangan korang! Kombo Rendang Tok dan air Limau Selasih Pudina Sparkling ni memang confirm buat tetamu puji melambung. Korang wajib try tips masak guna Spritzer Sparkling ni kat rumah. Selamat mencuba! ✨

Spritzer

Nature’s gift to the Malaysian kitchen. Home to Malaysia’s favorite silica-rich mineral water, Spritzer is dedicated to hydrating our food culture, one recipe at a time. Pure. Natural. Iconic.

Post Comment