Kek Gula Perang Klasik: Aromanya Sahaja Dah Boleh Buat Satu Rumah Terpikat!

Kek Gula Perang atau Brown Sugar Cake mungkin nampak ringkas pada luarannya, tetapi sekali anda membakarnya di dapur, aromanya yang lemak manis, harum, dan persis karamel pasti akan membuatkan sesiapa sahaja tidak sabar untuk memotongnya.

Berbeza dengan kek span biasa yang menggunakan gula putih, penggunaan gula perang dalam resipi ini memberikan tekstur kek yang jauh lebih lembap (moist), warna perang keemasan yang sangat cantik, serta rasa manis yang (deep, rich caramel notes).Ia adalah definisi sebenar “comfort food” yang sangat sesuai digandingkan dengan secawan teh o panas atau kopi kaw pada waktu petang.

Sama ada anda seorang chef pastri yang berpengalaman atau baru pertama kali mahu berjinak-jinak dalam dunia baking, resipi Kek Gula Perang dari iCookAsia ini sangat mudah untuk diikuti, menggunakan bahan asas dapur, dan dijamin menjadi!

Cara buat dia senang sahaja! boleh follow step dekat bawah hehe

Pukul Mentega & Gula: Mula-mula, pukul mentega dengan gula perang sampai kembang, gebu, dan warna dia bertukar jadi macam krim.

Masukkan Telur: Seterusnya, masukkan telur satu per satu sambil pukul perlahan. Jangan letak semua sekaligus ya, nanti adunan korang “pecah minyak”.

Campur Tepung: Masukkan tepung yang dah diayak (sekali dengan baking powder). Guna senduk atau spatula, pastu gaul perlahan-lahan (teknik kaup balik) sampai semuanya sebati.

Bakar Selesai! Tuang adunan dalam acuan, pastu masukkan dalam oven. Bakar sampai masak sempurna. Masa ni, confirm satu rumah bau wangi karamel yang sangat sedap!

Kenapa Anda Wajib Cuba Resipi Ini?

  • Kek Kekal Lembut & Lembap: Gula perang ni magik sikit, dia buat kek tak mudah kering. Walaupun dah simpan beberapa hari, kek tetap lembut dan moist bila dimakan!
  • Bau Harum Macam Kat Cafe: Bila dibakar, gula perang ni akan keluarkan bau wangi macam karamel. Memang satu rumah bau sedap, sebijik macam kek mahal kat cafe!
  • Bahan Simple & Murah: Tak payah beli bahan pelik-pelik. Guna apa yang dah sedia ada kat dapur rumah anda je. Jimat dan mudah!

Post Comment