fbpx

Debic Memberi Sokongan Kepada Pasukan Malaysia Dalam Usaha Untuk Menambat Hati Para Pengadil Di Pertandingan Pastri Terbesar Di Dunia

iCookAsia

Debic telah menjadi penyokong global Coupe du Monde de la Pâtisserie selama lebih daripada 20 tahun dan juga merupakan penaja bersama pasukan Malaysia 2023 yang akan beraksi pada Pusingan Akhir pada 20 & 21 Januari 2023.

Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 – Ia adalah pertandingan sengit membuat pastri crème de la crème! Pada bulan ini, empat cef pastri dari Malaysia akan menunjukkan kreativiti dan kepakaran teknikal mereka di pentas antarabangsa untuk pertandingan Coupe du Monde de la Pâtisserie 2023 di Lyon, Perancis. Pertandingan peringkat antarabangsa ini yang juga dikenali sebagai Piala Dunia Pastri, menghimpunkan para cef pastri dari seluruh pelusuk dunia untuk menguji ketangkasan teknikal dan kreativiti mereka.       

Pertandingan berprestij ini memerlukan para cef untuk menghasilkan arca Gula dengan Entremet (Kombinasi/Lapisan) Coklat, arca Coklat dengan hidangan pencuci mulut, arca Ais dengan pencuci mulut Beku dan Lolipop Beku di sepanjang dua hari pertandingan dalam masa 10 jam. Pasukan Malaysia akan berhadapan dengan pasukan daripada 20 buah negara dan perlu menghasilkan pastri berinovatif yang berpandukan tema ‘perubahan iklim’.   

Inspirasi dan inovatif yang Coupe du Monde de la Pâtisserie 2023 harapkan daripada para peserta adalah menjadi faktor mengapa Debic – jenama tenusu Eropah premium selama 100 tahun yang dibuat khusus untuk para profesional dan juga salah satu penaja untuk pertandingan berprestij ini– menjadi penyokong tegar pertandingan ini selama lebih 20 tahun. Debic juga berbangga menjadi penaja pasukan Malaysia 2023.

Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, berkata, “Dengan Debic, kami amat memahami kehendak cef profesional dan kami memiliki kepakaran untuk memberi pelanggan solusi yang khusus dengan produk bermutu tinggi, menyediakan segala kemudahan, serta menggalakkan cef mencipta hasil dengan kualiti yang terbaik. Pertandingan yang bermatlamatkan inovatif ini bertepatan dengan Debic yang sentiasa bersedia membantu cef pastri, malah kami berasa bangga menjadi sebahagian daripada pertandingan ini, di mana ia menyediakan satu platform untuk cef profesional menampilkan trend terkini dan memberi inspirasi kepada golongan profesional daripada generasi baru. Para cef yang bertanding akan mempunyai akses kepada rangkaian produk Debic untuk mereka berinovasi dan kami teruja untuk menyaksikan lebih banyak produk yang berkualiti tinggi dan relevan dapat dihasilkan.”   

Persembahan Cemerlang yang Terbaik dari Malaysia dalam Pastri

Pasukan cef dari Malaysia adalah gabungan pakar pastri yang telah memenangi pelbagai anugerah dan pakar dalam bidang mereka, hasil latihan selama bertahun-tahun di akademi yang berprestij tinggi. Dengan kombinasi pengalaman dan kemahiran inilah mereka menjuarai Asian Pastry Cup 2022 baru-baru ini, menumpaskan pasukan daripada 5 negara Asia dan seterusnya melayakkan mereka untuk bertanding di Coupe du Monde de la Pâtisserie 2023.

Ahli pasukan terdiri daripada:

  1. Cef Kean Yap, jurulatih pasukan 
  2. Cef Mun Pui Teng, kapten pasukan dan peserta Gula 
  3. Cef Goh Jun Wei, peserta Ais
  4. Cef Lim Boon Chuan, peserta Coklat

Sebagai wakil pasukan, jurulatih Cef Kean Yap berkongsi perasaan optimistik pasukannya tentang pertandingan tersebut. “Kami rasa sungguh bersemangat untuk beraksi di pentas dunia bersama cef-cef terkemuka dan kami berbangga dapat mewakili Malaysia dalam pertemuan komuniti pastri antarabangsa itu nanti. Kami telah berlatih dengan sepenuh hati dan akan mempersembahkan idea terbaik kami dengan harapan yang positif.

Seluruh pasukan berharap dapat mengulangi kejayaan Malaysia empat tahun lalu semasa Coupe du Monde de la Pâtisserie 2019, di mana pasukan Malaysia telah dinobatkan sebagai juara dengan hasil kreativiti mereka yang mengagumkan. Mereka menjadi kebanggaan negara malah Debic turut melantik Cef Otto Tay dan Cef Loi Ming Ai sebagai duta Debic. 

Stella Yew, Ketua Bahagian Perkhidmatan Makanan, FrieslandCampina Professional Malaysia dan Singapura mengulas bahawa perlantikan Cef Otto dan Cef Loi sebagai duta Debic menepati matlamat FrieslandCampina Professional, iaitu bahagian yang dikhususkan untuk mengembangkan makanan utama, yang juga merupakan antara peranan Debic. “FrieslandCampina Professional sentiasa menyokong para cef dan pakar makanan di mana mereka memahami dengan mendalam tentang pasaran dan produk tenusu yang sesuai serta penyelesaian berasaskan alternatif tenusu.”     

 “Sebagai sebuah jenama, Debic komited dalam melahirkan golongan profesional sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk mengembangkan makanan utama di FrieslandCampina Professional. Kami amat komited dan saling bekerjasama dengan cef, cef pastri dan pembuat kek untuk membekalkan mereka hasil tenusu terbaik sebagai salah satu cara membantu mereka berjaya dalam perniagaan. Kami amat berbangga dengan pasukan Malaysia dan sentiasa mendoakan kejayaan mereka,” kata Ramjeet dengan penuh harapan.

Belajar dengan Profesional

Dalam menyatakan sokongan terhadap bakat-bakat muda, Debic juga akan turut membuka peluang keemasan kepada 800 rakyat Malaysia untuk belajar daripada profesional! 400 keping tiket akan diberikan untuk sesi atas talian manakala 400 tiket lagi akan diberikan untuk sesi secara bersemuka bersama: Cef Otto dan Cef Loi (Duta Debic dan pemenang Coupe du Monde de la Pâtisserie 2019) serta jurulatih pasukan Cef Malaysia yang akan bertanding di Coupe du Monde de la Pâtisserie 2023, Cef Kean Yap.

Bagi melayakkan diri untuk sesi demonstrasi atas talian, anda perlu membeli dua karton produk Debic yang terpilih. Jika sesi pertemuan secara bersemuka menjadi pilihan anda, anda perlu membeli 20 karton produk Debic yang terpilih! Anda boleh membeli mana-mana produk berikut untuk melayakkan diri iaitu: Debic Stand and Overrun, Debic Whipping Cream 35%, Debic Chocolate Mousse, Debic Tiramisu dan Debic Butter Sheet.

Inilah masa terbaik untuk para cef pastri dan pembuat kek menyaksikan sendiri demonstrasi pastri bertaraf juara ini. Kempen berakhir pada 28 Februari 2023 – jadi jangan berlengah lagi, terus layari http://bit.ly/BIS_TNC atau http://bit.ly/BAKERY_TNCuntuk ketahui maklumat dengan lebih lanjut!

Peringkat akhir Coupe Du Monde De La Pâtisserie 2023 akan berlangsung pada 20 dan 21 Januari 2023. Peminat dan penyokong pasukan Malaysia boleh menonton pertandingan Akhir dan menyemarakkan lagi semangat juang pasukan negara menerusi siaran secara langsung Coupe du Monde de la Pâtisserie di saluran Youtube: https://youtube.com/@Cmpatisserie.

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x