fbpx

Kuih lopis wajib ada kalau berbuka puasa

iCookAsia

Setiap kali berbuka puasa wajib ada satu hidangan kuih kan? Apakata kita buat kuih lopis ni pastu menambah seri hidangan semasa bulan Ramadan ni

Bahan-bahan
– 3 cawan beras pulut
– 2 cawan santan
– 1/4 cawan air pandan
– 1/2 biji kelapa parut
– 1 cawan gula merah
– 1/2 cawan gula pasir
– 2 cawan air
– Garam
– Daun pisang

Cara membuat
1. Mula-mula masukkan beras pulut ke dalam periuk pengukus bersama santan dan air pandan. Kacau rata dan kukus sehingga tiga suku masak
2. Setelah masak, angkat dan letakkan ke dalam bekas
3. Kemudian letakkan beras pulut yang telah dikukus diatas daun pisang
4. Gulungkan dengan kemas dan ikat dengan tali dihujungnya
5. Kukus sehingga pulut masak
6. Angkat dan potong dan boleh digaulkan dengan kelapa parut yang dicampur dengan garam
7. Masukkan air, gula merah dan gula pasir ke dalam periuk, masak sehingga gula larut dan sedikit pekat. Angkat dan tapiskan
8. Selamat mencuba!
#icookasia #kuihlopes #menuramadan

—————
Let’s connect:
For media, advertising, digital services, partnership and collaboration enquiries please contact: [email protected] or whatsapp +6010-4418825 (Qila)

Visit Us: http://www.icookasia.com
Follow & subscribe:
TikTok: https://www.tiktok.com/@icookasia
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/

Shop with us: https://icookasia.shop/

Checkout our services: https://icookasia.digital/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x