Bakeri, kelihatan mudah, ikuti sahaja langkah di dalam senarai resepi, nah, siap terhidang deretan roti dan kek di depan mata. Namun ramai yang terlepas pandang teknik penting yang harus dipraktikkan semasa proses pembikinan.
Kek Atau Kuih Terlalu Mampat
– Elakkan menggunakan bahan daripada peti ais.
– Selalunya kerap terjadi apabila terlebih mixer semasa meletakkan tepung. Cara mudah, gaul menggunakan senduk.
– Terlupa meletakkan soda bikarbonat ataupun soda rosak. Cara menguji soda masih elok atau tidak, letakkan setitis cuka dan soda akan berbuih jika masih elok.
Kek Menjadi Keras Atau Kering
– Air panas yang digunakan tidak benar-benar panas
– Terlebih masak. Selalunya jika loyang bersaiz 8×8, masa membakar haruslah 40 minit menggunakan api besar.
Kek Mendap Di Tengah
– Bermakna kek belum masak sepenuhnya. Cara menentukan kek sudah masak, sebelum diangkat, cucuk dahulu dengan lidi atau pisau. Jika tiada cebisan kek, bermakna kek sudah masak.
Kek Tidak Gebu Dan Bantat
– Bahan-bahan seperti telur, gula dan ovalate harus diputar sehingga kembang jika resepi menggunakan air panas.
– Tepung harus dikacau menggunakan whisk, tidak perlu menggunakan mixer.
Ganace
– Pastikan ganace dibuat awal sehari sebelum digunakan. Hanya panaskan sebentar sebelum dituang di atas kek.
– Lepa kek pastikan 4 jam di dalam peti ais sebelum curahkan ganace
– Letakkan koko butter atau marjerin
– Gunakan dark coklat dan tambah 1 sudu kecil emulco untuk warna yang lebih menarik
Sumber : Siti Zubaidah Hashim
Foto : Google