Siri ke-26 Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2022 (MAGGI® Secondary School Cooking Competition 2022 / MSSCC 2022) yang dianjurkan baru-baru ini menyaksikan lima pasukan cef muda muncul sebagai pemenang kebangsaan, dipilih daripada lebih 2,000 orang peserta. Mereka ialah:
- Camelia Ivana dan Irdina Sofiya dari SM Sains Rembau, Negeri Sembilan
- Nabihah Auni dan Nur Ain Syazwani dari SMK Pandan, Kuantan, Pahang
- Alya Qaseh dan Qurratul Ain dari SMK Pengerang Utama, Johor
- Vanessa Grace dan Valentina Ulau dari SMK Bandar Sibu, Sarawak
- Aleya Alesya dan Damia Batrisyia dari SMJK Notre Dame Convent, Melaka
Platform kulinari yang mula diperkenalkan pada tahun 1997 ini bertujuan untuk memupuk minat memasak di kalangan pelajar sekolah menengah di samping meningkatkan kesedaran tentang kesan jangka panjang pemakanan yang baik terhadap kesihatan. Kempen ini merupakan kerjasama strategik antara MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia, dimana setakat ini telah menyaksikan penyertaan lebih 341,000 orang pelajar meliputi 10,000 buah sekolah di Malaysia.
Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Sejak lebih dua dekad lalu, Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® telah mendapat sokongan dan penyertaan pelajar yang sangat memberangsangkan. Ini kerana, ramai mula sedar akan kepentingan memupuk bakat dalam masakan dan menimba ilmu pengurusan diet sihat dari awal. Memasak merupakan kemahiran hidup yang penting buat generasi muda. Mereka akan mempelajari, antara lainnya, tentang proses perancangan, kemahiran pengurusan masa yang berkesan dan kemahiran menyusun atur.
Dengan usaha bersepadu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia, pertandingan ini bertujuan mewujudkan masyarakat yang saksama di mana kami menggalakkan remaja lelaki dan perempuan mengembangkan minat dan bakat mereka dalam memasak. Selain itu, pertandingan ini turut membuka peluang yang lebih besar untuk bakat muda ini yang mungkin satu hari nanti akan berkecimpung dalam arena masakan Malaysia sebagai kerjaya,” kata Geetha.
Dengan tema Anda & MAGGI®, “Sajian Seimbang Tanda Sayang”, pertandingan tahun ini telah menyaksikan penyertaan lebih 2,000 orang pelajar beraspirasi tinggi, berusia antara 13 hingga 15 tahun dari 547 sekolah di seluruh negara. Mereka mempamerkan bakat memasak masing-masing dan menunjukkan pilihan pemakanan yang seimbang berkonsepkan ‘Pinggan Sihat Malaysia’ atau ‘Suku-Suku Separuh’ (Malaysian Healthy Plate / Quarter-Quarter Half) ke arah membina tabiat pemakanan yang lebih sihat. Melalui video yang dihantar, pemenang dipilih berdasarkan beberapa siri penilaian, antaranya penggunaan bahan-bahan kreatif, kemahiran memasak, persembahan dan inspirasi masakan.
Pertandingan tahun ini turut memberi pendedahan mengenai pemakanan berasaskan tumbuhan yang telah menjana minat dan penerimaan yang tinggi dalam kalangan orang ramai sejak beberapa tahun kebelakangan ini, atas kesannya yang baik terhadap kesihatan dan kesejahteraan diri. Sepanjang pertandingan, bimbingan daripada pelbagai profesional dan pakar masakan juga telah diberikan kepada para peserta melalui beberapa modul pembelajaran. Cef MAGGI® berkongsi petua pemakanan yang sihat dan seimbang, serta pengetahuan mengenai kebersihan dan keselamatan makanan. Manakala, pakar pemakanan MAGGI® mengetuai sesi penyediaan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Duta Jenama MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman, berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi beliau tentang kesedaran diri dan cara membina keyakinan sebagai salah satu modul pembelajaran dalam pertandingan itu. Dia berkata, “Sememangnya, ramai pelajar sekolah muda tidak pasti tentang laluan masa depan mereka. Kesedaran diri merupakan langkah pertama yang penting, diikuti dengan memupuk keyakinan diri dan akhirnya kekal di landasan tersebut untuk mencapai cita-cita dan impian seseorang.
Selalunya, anak-anak muda mempunyai pengalaman masakan pertama mereka di rumah di mana mereka mula mengembangkan minat memasak melalui ibu bapa mereka. Ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam mengembangkan minat dan kemahiran memasak mereka. Saya ingin tekankan bahawa memasak juga merupakan satu bentuk pembelajaran yang penting dan peluang yang unik serta menarik untuk meluangkan masa bersama!” kata Eina.
Untuk maklumat lanjut tentang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2022, sila layari https://www.maggi.my/en/nurturing/MAGGI-cooking-competition-2022/
MAGGI® Secondary School Cooking Competition (MSSCC)
As part of MAGGI®’s commitment to encourage young Malaysians to make better nutritional choices, the MAGGI® Secondary School Cooking Competition aims to inspire and nurture budding chefs to discover the goodness of cooking homemade meals. In partnership with the Ministry of Education Malaysia, the objectives of the MAGGI® Secondary School Cooking Competition is to instil a love for well-balanced home-cooked meals amongst Malaysian students through a fun and interactive format; to promote awareness of good nutrition and to support them in potentially pursuing cooking as a career. Since its inception in 1997, the programme has positively impacted more than 10,000 schools and over 341,000 students.
About MAGGI®
MAGGI® is a recognised global brand that has become a household name in Malaysia. Its core mission is to create good-food moments that bring families closer together. Through its wide range of products and food solutions, MAGGI® helps mothers to prepare tasty and balanced homemade meals for their families every day. The brand is also committed to the ever-evolving needs of meal providers, providing new products and ideas, which continue to delight and inspire Malaysian families on the goodness of homemade. To learn more, please visit www.maggi.my or our Facebook page at http://www.facebook.com/MaggiMalaysia.
About Nestlé Malaysia
Nestlé is the world’s largest food and beverage manufacturer. Headquartered in Switzerland, Nestlé is present in more than 180 countries around the world, and our 291,000 employees are committed to Nestlé’s purpose of unlocking the power of food to enhance quality of life for everyone, today and for generations to come. Our performance is driven by our Nutrition, Health and Wellness strategy. Nourishing Malaysians since 1912, Nestlé has earned the trust of our consumers through our quality brands and products. We are committed to improving the lives of the communities in which we operate, whilst maintaining our Halal excellence and integrity.
This is in line with our promise of delivering GOOD FOOD, GOOD LIFE to all. To learn more about how we have been nourishing Malaysians for over a century, do visit www.nestle.com.my or our Facebook page at http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.