Ada yang sedang mencari idea nak meniaga apa? Anda boleh cuba ikut perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dimana ianya sangat memudahkan ramai orang yang ingat belajar membuat pelbagai hidangan roti.
Beliau berkongsikan resepi untuk 1 adunan sahaja, dan 1 adunan ini boleh membuat 8 jenis hidangan iaitu Pizza, Bomboloni, Donat, Roti Buku, Bun Burger, Pau Goreng, Pau Kukus dan Cakoi. Banyak dan menarik kan? Rugi tau tak cuba!
Terima kasih Sal SY untuk perkongsian resipi 1 Adunan Doh Berguna ini 🙂
Bahan-bahan Kering:
250g tepung roti / tepung gandum
1 sudu kecil Yis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil Baking powder
1 sudu kecil garam
1 cawan air
1 sudu besar margarine / shortening / minyak masak
1 sudu kecil garlic powder (optional – jika nak rasa wangi bawang putih)
Cara membuat:
- Suamkan air, masukkan yis dan gula. Kacau dan tunggu 10 minit hingga yis berbuih.
- Tuangkan kedalam bahan kering dan gaul rata.
- Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit dan sebatikan.
- Masukkan marjerin dan uli hingga doh menjadi licin. Selesai menguli, tutup doh dengan kain bersih dan perap selama 1 jam.
- Apabila doh sudah kembang, sapu tangan dengan minyak dan tumbuk doh untuk keluarkan angin.
- Uli lagi sekali dan bulatkan. Potong doh menjadi 3 bahagian dan tabur tepung adunan.
*Akan menjadi lembik sedikit sebab gunakan tepung yang banyak untuk kendalikan (timbang 200g untuk loyang size 11).
- Sapu minyak pada loyang, kemaskan doh base pada loyang dan pastikan bahagian tepi lebih tebal dari bahagian dalam. Cucuk-cucuk doh dengan garpu untuk buang angin.
- Kembangkan sekali lagi selama 30 minit dan dibakar selama 10 minit suhu 150 darjah, setelah dibakar bolehlah dibekukan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sal SY (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos