Air Asam ini memang sangat sedap kalau dimakan dengan apa-apa sahaja terutamanya Ikan Bakar ataupun Sotong Bakar. Rasa dia memang betul-betul mengancam. Confirm bertambah makan nasi.
Nak buat Air Asam ini pun senang sangat tau. Guna bahan-bahan yang mudah sahaja. Jom kita try.
1.Air Asam Pusaka
Bahan-Bahan:
Bahan A:
Ikan pari
Bahan B:
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci belacan
6 biji bawang merah (Saiz bola ping pong)
Bahan C:
Beberapa tangkai cili padi
2 biji asam limau nipis (Saiz besar, kalau yang kecil guna 3 biji)
3/4 sudu besar gula
3/4 sudu kecil garam
3/4 sudu besar perencah Hilal
Cara penyediaan:
- Pertama sekali cuci bersih ikan tersebut dan bakar tanpa garam hingga ikan garing.
- Seterusnya, bakar semua bahan B di atas. Boleh menggunakan pan atau bakar atas bara api.
- Kemudian, kupas bawang bakar tadi. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili padi sehingga lumat.
- Perasakan dengan gula, garam dan perencah Hilal mengikut citarasa masing-masing.
- Perahkan 2 biji asam limau nipis untuk dapatkan airnya. Gunakan penapis untuk mengasingkan biji.
- Tambahkan 1/2 cawan air kosong dan boleh dihidangkan.
Kredit resipi: Afy AL Habibi
2.Terung Bakar Air Asam
Bahan-bahan:
Bahan A:
2 terung panjang (Bakar terung sampai wangi dan rasa lembut)
Bahan B:
6 biji cili padi hijau
4 biji cili padi merah
2 biji bawang besar dimayang
1 sudu kecil extra asam jawa atau pes asam jawa
2 sudu kecil kerisik atau 1/2 sudu makan
1 cawan santan pekat bersama air
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, campurkan kesemua bahan B. Kacau.
- Kemudian, ambil 1 biji terung yang sudah dibakar. Buang kulit kemudian potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam air asam. Kacau-kacau dan dah siap.
Makan dengan nasi panas lagi sedap.
Kredit resipi: Arieza Rieza
3.Air Asam Perfect
Bahan-bahan:
Bahan A:
2 biji tomato
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cili (Ikut kepedasan)
Sedikit belacan
Bahan B:
2 sudu besar asam jawa
1 1/2 sudu besar gula perang (Ikut citarasa)
1/2 sudu kecil garam (Ikut citarasa)
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan kesemua bahan A.
- Seterusnya, masukkan air asam jawa.
- Masukkan gula, garam dan gaul dengan tangan. Baru sekata.
- Sebatikan rasa antara garam dan gula perang. Boleh dihidangkan.
Kredit resipi: Noratiqah Nordin(Facebook)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos