fbpx

Teknik dan Resepi Untuk Hasilkan Ikan Celup Tepung, Sangat Mudah, Tak Perlu Air Kapur

iCookAsia

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijalankan, kita boleh lihat semakin ramai keluarga dan individu yang pergi bercuti dan antara destinasi pilihan mereka adalah ke tepi pantai atau pulau. Kebiasaannya antara menu untuk mereka yang jalan-jalan cari makan ialah ikan celup tepung.

Seorang pengguna Facebook iaitu saudari  Afy AL Habibi yang gemar berkongsi resepinya di laman sosial ini, telah kongsikan resepi dan tips untuk menghasilkan bancuhan celup tepung yang rasanya sama dan kita boleh buat sendiri sahaja di rumah. Resepi ini tidak menggunakan air kapur dan sangat mudah untuk membuatnya. Bolehla feeling-feeling makan di tepi pantai. Ikuti resepi dan tips ikan celup tepung di bawah:

BAHAN-BAHAN

(Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang)

– 7 sudu besar tepung beras

– 1/3 sudu kecil garam

– 1/3 sudu kecil serbuk kunyit

– 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja

– 1/2 cawan kecil air sejuk

CARA-CARA

1. Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair.

(Rujuk gambar)

2. Gaulkan dengan ikan, dan goreng.

Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik:

– Guna minyak yang banyak

– Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan)

– Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya.

– Pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali. Hasilnya memang sangat menarik.

‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup.

– Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras.

*Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing.*

– Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan penyepit juga.

3. Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.

Senang kan? Ikan celup tepung juga boleh dimakan bersama nasi kerabu. Bancuhan ini juga boleh digunakan untuk memasak pisang goreng. Selamat mencuba!

Untuk dapatkan barangan memasak yang berkualiti pada harga berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x