Puding Roti antara pencuci mulut yang kebiasaanya dibuat tanpa serbuk agar-agar dan digandingkan bersama sos kastard. Senang caranya. Tetapi berlainan untuk pengguna Facebook ini, dimana beliau membuat puding roti style agar-agar biasa dan warna dan corak merah jambu yang sangat cantik. Sesuai untuk dibawa dan dhidang untuk jamuan makan di sekolah atau pejabat.
Terima kasih Siti Nardina untuk perkongsian resipi Puding Roti ini 🙂
Bahan-bahan:
10g agar-agar bertali
1 cawan gula
3 cawan air
1 tin susu cair
3 keping roti gardenia buang yang tepi tu
1 sudu makan marjerin
Pewarna ikut suka
Cara membuat:
1. Basuh agar-agar dan kemudian masak bersama 3 cawan air hingga agar-agar larut
2. Selepas itu masukkan gula dan biar seketika hingga gula larut.
3. Sementara itu, kisar roti dengan susu cair hingga halus. Kemudian tuang ke dalam agar-agar tadi sambil kacau-kacau.
4. Selepas itu, masukkan 1 sudu marjerin. Kacau lagi bagi sebati dan biar mendidih. Apabila sudah mendidih, terus padam api.
5. Tapis kan adunan dalam bekas kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
6. Bahagian pertama letak pewarna dan bahagian kedua biar pada yang asal.
7. Basah kan loyang. Ambil 3 sudu makan adunan asal (bahagian kedua) dan letak ditengah-tengah loyang. Kemudian ambil 3 sudu makan yang berwarna (bahagian pertama) pula dan letak pada atas adunan asal tadi (Ulang proses ini hingga adunan habis. Lakukan dengan cepat untuk elak adunan daripada cepat mengeras)
8. Apabila selesai, akhir sekali, biar sejuk dulu, baru masukkan dalam peti ais.
Makan sejuk-sejuk baru puas dan sedap. Betul tak?
Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Nardina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/