fbpx

4 Resepi Masakan Ikan Siakap Yang Sedap Dan Anda Wajib Cuba!

iCookAsia

Wah, trending kan sekarang Ikan Siakap ni. Mana taknya, setiap 100g berharga RM16?! Uish, patutlah harga cecah RM1 ribu lebih. Terus teringat harga yang biasa kita beli di pasaran berapa untuk setiap 1 kg, hehe. 

Kalau harga sebegitu, tak sampai hati Admin nak masak Ikan Siakap tu. Rasa macam eksklusif sangat. Tapi tak mengapa, kita masih boleh cari yang berbaloi harganya di pasar berdekatan. Dan kalau anda baru sahaja nak cuba masak sendiri di rumah, boleh cuba 4 Resepi Masakan Ikan Siakap ini. Memang confirm menyelerakan dan sedap! 

  1. Ikan Siakap Stim

Hidangan Ikan Siakap Stim ini antara cara masakan yang sangat popular. Kaedah stim ini sangat bagus untuk kita kerana ia menyihatkan. Penggunaan minyak yang tidak banyak dan aroma bahan-bahan lebih menyerlah dengan kaedah ini. Buka sahaja penutup lepas habis kukus tu, memang bau yang sangat menyelerakan. 

Bahan-bahan:

1 ekor siakap, dibuang sisik dan di basuh dengan air asam.

1 biji halia sebesar ibu jari, dihiris nipis

1 biji bawang besar, dihiris nipis

1 sudu perahan limau nipis

Garam secukupnya

Bahan untuk Kuah:

1 batang serai, di ketuk

1 biji bawang, di hiris nipis

1 biji halia sebesar ibu jari, dihiris nipis

3 biji cili padi, di ketuk

1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos ikan

garam dan gula secukupnya

1 biji limau nipis, dipotong bulat nipis

1 ½ cawan air

½ cawan air tepung jagung

2 tangkai daun sup, untuk hiasan

2 biji cili merah, untuk hiasan

Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Mula-mula letakkan ikan di atas aluminium foil dan gaul bersama sedikit garam. Kemudian taburkan bawang besar, halia serta perahan limau nipis dan kukus di dalam periuk pengukus sehingga masak.
  2. Untuk menyediakan kuahnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan serai, bawang besar, halia, cili, sos tiram dan  sos ikan. 
  3. Tumis semua bahan sehingga naik bau. 
  4. Kemudian masukkan limau nipis, air, garam, gula dan air tepung jagung. Biarkan mendidih sebentar sambil dikacau sehingga pekat. Tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus dan hiaskan bersama daun sup serta cili merah.
  5. Ikan siakap stim sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

 

  1. Ikan Siakap Tiga Rasa

Cara masakan Tiga Rasa ini juga antara yang popular dan lebih-lebih lagi bila makan di Restoran. Buat yang suka rasa masam dan manis, bolehlah cuba Ikan Siakap Tiga Rasa ini. Campuran sayur-sayuran ini juga buat sedap, crunch and tasty. 

Bahan-bahan:

  1. 1 ekor siakap – dibuang tulang, dibasuh dan ditoskan.
  2. 1 ½  sudu kecil tepung jagung
  3. 1 sudu kecil tepung kastard
  4. Garam secukupnya
  5. Lada putih secukup rasa
  6. 1 ½ cawan tepung gandum
  7. Minyak secukupnya untuk menggoreng ikan

Bahan untuk membuat sosnya pula:

  1. 3cm halia,di hiris nipis
  2. 3 biji bawang putih,dicincang halus
  3. 3 biji bawang merah,dipotong dadu kecil
  4. 2 biji Cili Padi, dipotong dadu
  5. 200 gm nenas,dipotong dadu 
  6. ½ biji timun, dipotong dadu 
  7. 1biji tomato, dipotong dadu
  8. 1 sudu besar kicap cair
  9. 1 sudu besar sos ikan
  10. 6 sudu besar sos cili 
  11. 6 sudu besar sos tomato
  12. 2 sudu besar sos plum 
  13. Sedikit garam 
  14. ½ Cawan air
  15. Sedikit daun bawang dan hirisan cili merah

Cara memasak:

  1. Mula-mula lumurkan ikan dengan garam, lada putih, tepung jagung dan tepung kastard sehingga rata. Kemudian tepukkan di atas tepung gandum dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang panas.
  2. Untuk membuat sosnya, panaskan sedikit minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi, nenas, timun, tomato, kicap cair, sos ikan, sos cili, sos tomato, dan sos plum. Kacau rata dan. Taburkan sedikit garam dan masukkan air. Setelah mendidih, tuangkan sos pada ikan siakap yang telah digoreng tadi. Taburkan sedikit daun bawang dan cili merah sebagai hiasan.

 

  1. Ikan Siakap Cheesy Buttermilk

Biasa buat menu buttermilk ni dengan Ayam atau Sotong kan? Kali ini, jom kita beri kelainan dalam menu ini dengan menggunakan Ikan Siakap dan memasak menggunakan teknik ‘flying’. Menarik kan? Jom cuba!

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap, dibersihkan

¼ cawan tepung jagung

5 sudu besar mentega

2 sudu besar bawang Holland cincang

2 ulas bawang putih, dicincang

2-3 biji cili padi, hiris 

1 tangkai daun kari

1 cawan Krimer Sejat Cair SAJI

3-4 keping keju cheddar

1 sudu kecil tepung jagung + air jadi pes

½ sudu kecil Garam Gunung SAJI

¼ sudu kecil gula

Minyak Masak SAJI untuk menggoreng

Bahan Hiasan:

Daun ketumbar, daun parsli, ceri tomato, cili padi dll

Cara membuat:

  1. Cara untuk buat ‘flying fish’ (ikan terbang).
  2. Salut ikan dengan tepung jagung sebanyak 2 kali.
  3. Panaskan Minyak Masak SAJI.
  4. Masukkan ikan perlahan-lahan ke dalam minyak.
  5. Senduk minyak untuk memasak bahagian atas ikan.
  6. Apabila ikan masak, angkat.
  7. Di dalam kuali lain, cairkan mentega.
  8. Goreng bawang Holland sehingga wangi.
  9. Masukkan bawang putih, cili padi, daun kari. Kacau sehingga wangi.
  10. Perlahankan api. Masukkan Krimer Sejat Cair SAJI, keju, Garam Gunung SAJI dan gula kemudian kacau.
  11. Apabila mendidih, tambah pes tepung jagung.
  12. Kacau sehingga pekat sedikit. Sendukkan ke atas ikan.

 

  1. Ikan Siakap Percik 

Kalau anda biasa dengan Ayam Percik, kali ini boleh cuba untuk buat Ikan Siakap Percik. Sebenarnya senang je nak, sediakan Ikan dan kuah percik dan bakar. Cukup rasa, cukup pekat kuah kalau ikut resepi ni. Sedap dimakan bersama Nasi putih panas-panas untuk hidangan makan tengahari. Jom cuba!

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap

10 ulas bawang merah (untuk dijadikan bawang goreng)

Minyak bawang goreng

250ml santan

50ml air asam jawa

7 ulas bawang putih

2 inci halia

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil serbuk ketumbar

Gula

Sedikit garam 

1 inci belacan bakar

Cara memasak:

  1. Mula mula kisar hancur 1 inci halia dan 4 ulas bawang puith. 
  2. Kemudian, halia selebihnya dan 3 ulas bawang putih ditumbuk hancur bersama serbuk ketumbar dan sedikit garam. 
  3. Sapu rata bahan-bahan tersebut pada Ikan. Ketepikan dan perap selama 15 – 20 minit. 
  4. Untuk Kuah Percik: Kisar bawang goreng dan sedikit air. Kisar hingga hancur sebati. 
  5. Panaskan minyak goreng tadi dan tumis bahan kisar halia dan bawang putih tadi bersama sedikit belacan. 
  6. Apabila naik bau, curahkan santan dan masukkan serbuk cili, bawang goreng dan air asam jawa. 
  7. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau pada api perlahan. 
  8. Apabila sudah masak, boleh curahkan kuah pada perapan Ikan tadi. 
  9. Bakar pada suhu 180′ selama 10-15 minit. 

Menarikkan semua resepi ni? Jadi, mana satu yang menjadi kegemaran anda? Jom comment  di bawah.

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x