Apa sahaja lauk yang ada ayam mesti sangat sedap dan boleh buat terliur. Dengan rasa yang berbeza membuatkan nak tambah lagi dan tidak bosan untuk makan lauk yang sama. Jadi, hari ini, Admin nak share 5 resipi masakan ayam yang sedap oleh seorang pengguna Facebook, iaitui Mariana Zainal.
Selepas ini, tak perlu fikir dah nak masak lauk ayam apa. Jom kita try.
1.Ayam Masam Manis Ala Thai
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 ekor ayam
Bahan B (Untuk Dikisar):
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
10-15 biji cili padi
2 batang serai (Dihiris-hiris)
(Kisar semua bahan ini jangan terlalu halus)
Bahan C (Bahan Lain):
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
3-4 helai daun limau purut (carik-carik kan)
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
1 cawan air untuk kuah
2 senduk minyak untuk menumis
5-6 biji cili padi (hiris membulat)
1 biji bawang besar (hiris membulat)
Sedikit daun ketumbar (Nak letak daun sup pun boleh)
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, gaulkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng ayam tersebut tetapi jangan goreng terlalu garing.
- Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar.
- Masukkan gula, sedikit garam (jangan banyak) dan bahan perasa.
- Tumis sehingga betul-betul naik minyak dan agak garing.
- Masukkan sos cili, sos ikan dan daun limau purut.
- Masukkan ayam dan air. Gaul rata.
- Apabila sudah mendidih dan kuah pekat, masukkan bawang besar dan cili potong. Gaul rata.
- Sesuaikan rasa dan tabur daun ketumbar, kalau tiada daun ketumbar, tidak apa. Dah boleh tutup api.
Kredit resepi: Mariana Zainal(Facebook)
2.Paprik Ayam
Bahan-bahan:
Bahan A:
Sedikit ayam (Ambil bahagian isi dan potong kecil-kecil)
2 batang lobak merah (potong ikut suka)
5 pieces putik jagung (potong ikut suka)
3-4 urat kacang panjang dipotong (Nak letak bunga kobis pun boleh)
10 biji cili padi
4 sudu besar sos cili (Boleh guna brand Life)
2 sudu besar sos labu (jika tiada jangan letak)
4 batang serai (diketuk)
5-6 pieces daun limau purut (carik-carikkan)
Sedikit kicap manis (Untuk gelapkan kuah)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
2 1/2 senduk minyak masak (Untuk menumis)
1/2 cawan air (untuk kuahnya)
Bahan B (Untuk Dikisar):
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Cara penyediaan:
- Panaskan minyak, Masukkan serai dan goreng hingga keperangan.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar, gula, garam dan perasa.
- Tumis sehingga betul-betul naik minyak dan warnanya berubah.
- Masukkan sos cili, sos labu (kalau tiada, tidak apa) dan kicap. Kacau lagi.
- Masukkan ayam dan daun limau purut dan kacau sebati.
- Masukkan sayuran dan cili padi.
- Masukkan air dan biarkan ia mendidih. Dah boleh sesuaikan rasa.
Kredit resepi: Mariana Zainal(Facebook)
3.Ayam Goreng Mamak Crispy
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 ekor ayam
2 paket kecil serbuk cili
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
3-4 tangkai daun kari
1 senduk tepung beras
1/2 senduk tepung gandum
3 sudu besar air asam jawa
1/2 cawan air
Bahan B (Untuk Dikisar):
1 1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 1/2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, satukan bahan A dan bahan B. Gaul sebati.
- Kemudian, perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk bahagian bawah. Lagi lama perap lagi sedap.
- Akhir sekali, gorengkan ayam tersebut dan pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak.
Kredit resepi: Mariana Zainal(Facebook)
4.Ayam Sambal Bali
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
1 1/2 senduk minyak utk menumis
3 batang serai (diketuk)
3 tangkai daun kari (ambil daunnya sahaja)
2 sudu besar membukit gula
2 cubit garam
Sedikit kicap manis kipas udang
Sedikit kicap masin
1/2 cawan air asam jawa (cair)
1 1/2 cawan air
Sedikit bahan perasa
Bahan B (Untuk Dikisar):
20 pieces cili kering
2 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sedikit belacan
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, letak garam dan kunyit pada ayam. Goreng sekejap, jangan sampai garing.
- Panaskan minyak masak. Masukkan serai dan goreng sehingga warna hampir coklat.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar, gula, bahan perasa dan air asam jawa.
- Tumis sehingga betul-betul naik minyak.
- Renjiskan kicap manis dan kicap masin.
- Masukkan ayam dan daun kari. Kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan air dan apabila kuah sudah memecat, sesuaikan rasa dan boleh tutup api.
Kredit resepi: Mariana Zainal(Facebook)
5.Ayam Masak Merah Simple
Bahan-bahan:
Bahan A:
1/2 ekor ayam (Dipotong-potong)
Bahan B (Untuk Dikisar):
15 tangkai cili kering
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
(Semua bahan ini dikisar halus)
Bahan C:
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Sedikit bahan perasa
3 sudu besar sos cili (Boleh guna sos cili LIFE)
2 batang serai (Diketuk)
1/2 cawan air
2 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan D (Untuk Hiasan):
1 biji bawang (Dipotong bulat)
Daun sup (Dihiris)
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, basuh dan gaul ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng sekejap dan jangan sampai garing.
- Panaskan minyak dan masukkan serai. Goreng hingga keperangan.
- Kemudian, tumis bahan yang telah dikisar.
- Masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa. Tumis sehingga betul-betul naik minyak.
- Masukkan sos cili dan kacau lagi.
- Masukkan ayam dan kacau rata.
- Taburkan bawang yang telah dipotong bulat tadi. Kacau sekejap.
- Akhir sekali, sesuaikan rasa dan boleh tutup api.
- Hidangkan dan tabur daun sup.
Kredit resepi: Mariana Zainal(Facebook)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos