Setiap pagi, mesti pening mak-mak kita nak bangun pagi dan sediakan sarapan untuk ahli keluarga. Tak kira lah, suri rumah ke ataupun para ibu yang bekerja. Nak masak hidangan yang sama setiap pagi pun, nanti mesti bosan makan yang sama.
Jadi hari ni, anda semua tidak perlu risau dah. Admin nak share 5 resipi yang sangat mudah dan cepat untuk dimasak. Dah settle satu masalah nak fikir untuk masak apa dan bukan itu sahaja, jimat masa.Jom kita try.
1.Resepi Bread Omelette Chicken Ham
Bahan-Bahan:
Roti
Chicken ham
Daun ketumbar
Cili hijau
Capsicum yellow
Bawang merah
Telur
Cheese
Mayonnaise
Serbuk Kari
Serbuk lada putih
Serbuk knorr
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan telur, cili hijau, capsicum yellow, bawang merah, telur, serbuk kari, serbuk lada putih dan serbuk knor. Gaul sebati.
- Kemudian, masak chicken ham untuk seketika.
- Panaskan api dan goreng telur beserta bahan-bahan yang sudah digaul sebati sebentar tadi.
- Seterusnya, letakkan cheese atas telur tadi dan chicken ham.
- Sapukan butter, letak mayonnaise dan letakkan roti atas permukaan. Masak sehingga garing.
- Boleh diangkat.
Kredit resepi:Â Nurul Ateekah(Facebook)
2.Roti Telur Goyang
Bahan-bahan:
Telur
RotiÂ
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masak air dalam periuk kecil sehingga mendidih dan menggelegak air tu. Tutup api
- Kemudian, masukkan telur dan rendam selama 7 minit. Pastikan betul-betul mencukupi 7 minit.
- Angkat dan biarkan sekejap.
- Sementara menunggu 7 minit tersebut, bakar roti terlebih dahulu dengan planta. Boleh guna roti benggali dan potong tebal.Â
- Sapukan planta dan bakar atas pan.
- Boleh gunakan pan yang kecil untuk mendapatkan bentuk yang lengkung pada roti supaya senang untuk pecahkan telur di tengah roti tersebut,
- Boleh taburkan sedikit lada dan kicap sedikit.
Kredit resepi: Sally Aqua(Facebook)
3.Roti Sushi
Bahan-bahan:
Bahan2
Roti (Digelek nipis)
Telur dadar nipis
Tuna
Sosej (digoreng dan potong panjang)
Timun jepun (dipotong panjang)
Lada sulah (optional)
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, letak telur dadar di atas roti.
- Sapukan tuna di atas telur sehingga rata.
- Letakkan sedikit lada sulah di atas tuna tadi.
- Seterusnya, susun bersilang sosej dan timun jepun.
- Kemudian gulung dan tekan sedikit untuk bagi padat.
- Akhir sekali, potong kecik-kecil seperti sushi.
Kredit resepi: Nor Asmah Manhuri(Facebook)
4.Pancake Gebu
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
1 cawan susu segar
2 sudu besar gula (nak lebih atau kurangkan pun boleh)
1 sudu minyak masak
Cara penyediaan:
- Satukan tepung gandum dan baking powder.
- Asingkan kuning dan putih telur.
- Pukul putih telur sehingga kembang dan putih.
- Dalam bekas lain campurkan kuning telur, gula dan susu. Kacau sebati.
- Masukkan minyak dan susu tadi dalam bahan nombor satu dan kacau sebati.
- Kemudian, masukkan putih telur dan kacau kaup balik.
- Sedia dimasak atas pan anti lekat dengan api yang sederhana.
Kredit resepi: Leha Yusuf(Facebook)
5.Scrambled Eggs
Bahan-bahan:
4 biji telur
13ml fresh milk
10ml whipping cream
10g butter
Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, masukkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
- Panaskan air dalam periuk. Apabila air mendidih, kecilkan api.
- Masukkan mangkuk dan kacau adunan.
- Proses akan mengambil masa selama 15 hingga 20 minit.
- Apabila sudah siap, boleh hidang dengan roti bakar.
Kredit resepi: Elaine Tan(Facebook)
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos