8 jenis rendang yang wajib anda cuba! Nak tahu mengenai Rendang Ayam Crispy? Tonton video ini sehingga habis.
1. Rendang Daging Minang
https://www.youtube.com/watch?v=ZV-kDEF0OZU&t=1s
Rendang Daging Minang sangat terkenal di Negeri Sembilan. Ia selalu dihidangkan pada Hari Raya. Biasanya rendang ini dimasak sedikit pedas. Sesuai dengan citarasa orang Negeri Sembilan.
2. Rendang Ayam
Tak dinafikan ramai yang menggemari Rendang Ayam. Ada yang gemar rendang ayam berkuah dan ada yang gemar rendang ayam yang kuahnya kering. Rendang ayam tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak kerana daging ayam cepat dimasak.
3. Rendang Tok
Rendang Tok adalah versi yang berasal dari negeri Perak. Tok bermaksud diraja. Dahulunya rendang yang lazat ini dimakan oleh golongan atasan sahaja. Rendang Tok sedikit berbeza daripada rendang negeri lain. Kuahnya sedikit kering.
4. Rendang Kerang
Resepi ini sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan kerang. Kulit kerang dibuang dan hanya diambil isinya sahaja. Hidangan ini amat jarang untuk kita jumpa sebab harga kerang yang sering kali meningkat hari demi hari.
5. Rendang Ayam Goreng
Anda masih ingat isu rendang crispy dulu? Mungkin chef tersebut maksudkan rendang jenis ini. Ayam digoreng terlebih dahulu dan kemudiannya digaul bersama kuah rendang . Anda perlu masak rendang sedikit kering dan kemudian barulah dimasukkan ayam.
6. Rendang Jantung Pisang
Pernahkah anda cuba Rendang Jantung Pisang? Mesti anda tidak sangka yang hidangan ini wujud kan? Resepi ini kebanyakkannya dimasak di kampung-kampung kerana pada zaman dahulu agak susah untuk mendapatkan bekalan daging dan ayam.
7. Rendang Pegaga
Rendang Pegaga sangat terkenal di Negeri Sembilan. Agak jarang untuk didapati di negeri-negeri lain. Pastikan anda bersedia dalam keadaan perut kosong kerana satu pinggan nasi tidak akan cukup.
8. Rendang Telur
Pelik tapi benar, hidangan Rendang Telur memang betul-betul ada. Ini adalah resepi Minang dan Padang. Resepi Minang dan Padang banyak menukar bahan asas utama. Hidangan ini memerlukan anda rebus telur dan gaulkan sekali bersama kuah rendang.
Selamat Mencuba!