fbpx

Ayam Percik

iCookAsia

AYAM PERCIK 

Bahan utama yang diperlukan:

1 ekor ayam ( di belah empat dan di kelar )

Bahan untuk perapan ayam:

6 ulas bawang merah

8 ulas bawang putih

3 btg serai

Sebiji halia

1 inci Lengkuas

5 biji buah keras

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil serbuk jintan putih

1 sudu kecil serbuk ketumbar

¾  Cawan cili boh

1 cawan sos cili

80 gm gula batu

½ Cawan sos Tomato 

3 sudu besar sos tiram

1 Cawan minyak masak

½ Cawan Air

Garam dan Gula secukup rasa

 

Bahan untuk percik: 

1 cawan lebihan perapan ayam

2 Batang serai – diguna sebagai berus percik

1 cawan minyak masak

3 cawan santan

*lebihan perapan ayam dicampur dengan minyak masak dan santan di dalam mangkuk dan sedia untuk memercik

Caranya:

1. Mula-mula masukkan bawang merah, bawang putih, serai, halia, lengkuas, buah keras, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, cili boh, sos cili, gula batu, sos tiram, minyak, air, garam dan gula ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus. 2. Setelah itu , perapkan ayam dengan bahan yang telah dikisar selama satu jam. Sebaiknya 3 jam. Sebaiknya , ayam diperap di dalam ikatan plastik atau bekas kedap udara, supaya aroma perapan ayam tidak keluar. Dan ayam juga lebih cepat menyerap perasa perapan itu.

3.  Kepitkan ayam menggunakan buluh pengepit. Kemudian  panggang pada api sederhana dengan membalik-balikkan ayam setiap lima minit selama 25 minit. Setiap 5 minit , ayam akan dipercik dengan bahan percik yang disediakan tadi, sambil di balik-balikkan ayam itu. 

4. Sekiranya hanya sedikit air yang keluar dari tekstur ayam, itu menandakan ia sudah masak.

5. Angkat dan ayam percik sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x