fbpx

Lempeng Kelapa

iCookAsia

LEMPENG KELAPA

Bahan yang diperlukan:

1 cawan kelapa muda diparut

1 cawan air 

2 cawan tepung Gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1 biji Telur

1sudu kecil Garam

1 cawan Air Suam

Sedikit Marjerin (untuk disapu pada kuali)

Cara membuatnya:

  1. Mula-mula masukkan kelapa ke dalam mangkuk bersama air, tepung gandum, serbuk penaik,telur,garam dan air suam. Kacau rata hingga adunan sebati, tambahkan sedikit air jika terlalu pekat dan tambahkan sedikit tepung jika terlalu cair.

  2. Kemudian panaskan kuali dan sapu sedikit marjerin.

  3. Letakkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan tutupkan kuali sebentar.

  4. Biarkan bahagian bawah masak sekali menggunakan api kecil.

  5. Kemudian terbalikkan supaya masak rata kedua-dua bahagian depan dan belakang.

  6. Angkat dan lempeng kelapa sedia untuk dinikmati bersama gulai ayam. Selamat mencuba!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x