Bahan-bahan
2 biji terung dipotong memanjang
1 biji lobak merah dipotong
4 batang jagung muda dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya dipotong serong memanjangSedikit isi udang (jika suka)
1 sudu kecil chilli flakes
2 gram lada sulah
2 sudu besar sos cili
15 gram sos tiram
2 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang besar dibelah tebal
1 helai daun limau puru
t3 sudu besar minyak masakAJI-NO-MOTO® secukupnya
1 sudu kecil kicap cair
Sedikit gula
Cara-cara
Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Kemudian masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak sekejap.Masukkan terung goreng. Kacau rata, masukkan kicap cair dan tabur AJI-NO-MOTO® ke atasnya. Kacau sebati, tutup air dan sedia untuk dihidang.