fbpx

Acar Rampai Pulang Hari

iCookAsia

Resepi ini diambil daripada buku Citarasa Johor hasil kerja daripada Datin Kalsom dan Datin Hamidah (Adek). Buku ini telah memenangi “Best in the World” dalam kategori Culinary Heritage di Gourmand International World Cookbook Awards 2015.

Anda boleh mendapatkan buku ini dengan cara berhubung dengan kami di Facebook iCookAsia https://www.facebook.com/icookasia

Anda juga boleh menikmati hidangan ini di Restoran Selasih, Johor Bahru. Sila hubungi +607-219 9999 atau emel [email protected] untuk membuat tempahan.

Bahan-bahan diracik helai
2 biji timun, buang empulurnya
1 batang lobak merah
5 biji lada merah
5 biji lada hijau
4 cm halia muda
1 biji bawang besar, dipotong nipis
10 biji bawang merah, potong dua
1 ulas bawang putih, potong dua
1 sudu kecil kapur makan
½ sudu besar biji sawi
½ cawan minyak masak

Bahan-bahan dikisar
30 biji lada kering, rendam air panas
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
3 biji isi buah keras
2 cawan cuka
200 gm gula pasir
3 sudu besar sos tomato
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Campur dan gaul semua sayuran dalam mangkuk bersama kapur makan dicampur dengan ½ cawan air selama 15 minit untuk mengekalkan kegaringan. Bilas dan toskan.
2. Biji sawi disangai dalam kuali sampai kedengaran bunyi kertis. Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan tumis rencah di atas api sederhana sampai naik bau harumnya dan garing
3. Masukkan cuka dan baki bahan-bahan selebihnya dan didih atas api sederhana sampai sos pekat dan minyak naik ke permukaan. Kacau sekali-sekala
4. Padam api dan biarkan sejuk lalu digaulkan sayuran ke dalamnya. Biarkan acar sebati selama 1 jam sebelum dihidangkan.

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x