fbpx

5 Idea Hidangan Berbuka Puasa (Mudah & Sedap!)

iCookAsia

Anda tengah cari idea nak masak apa untuk berbuka puasa nanti? Cuba salah satu dari resepi ini 🙂

1. Gulai Lemak Ayam Cili Api

Masak lemak cili api adalah makanan asal usul tradisi nusantara. Ia dimasak menggunakan santan kelapa bersama daging ataupun ayam. Variasi masakan lemak bergantung kepada citarasa masing-masing ada yang masak pedas dan ada yang masak tidak pedas. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan.

2. Sayur campur paprik

Ramai yang berangapan bahawa resepi paprik ini adalah sebahagian daripada masakan melayu, ia sebenarnya berasal dari Thailand. Dengan rasa pedas dan manisnya pasti akan buat anda jatuh cinta dengan hidangan ini. Anda hanya perlukan 20 minit untuk siapkan hidangan ini.

3. Tomyam Poktek

Tomyam adalah hidangan sup yang berasal dari Thailand. Biasanya tomyam dimasak bersama udang, ayam, ikan dan daging. Sangat sesuai dimakan bersama nasi panas. Cara membuatnya tidaklah begitu susah kerana kesemua bahan dimasak sekali.

4. Kurma daging

Siapa yang tidak mengamari daging kurma ini. Resepi ini lebih enak kalau dijamah bersama nasi minyak atau nasi tomato. Selain daging anda boleh gantikan dengan ayam.

5. Nasi ayam ala thai

Ramai menganggap bahawa leceh untuk menyediakan nasi ayam. Jangan risau kerana resepi ini sangat mudah untuk disediakan. Hanya perlukan 1 periuk sahaja untuk memasak.

Selamat menjalani ibadah puasa!

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x