fbpx

Tips Untuk Buat Sagu Gula Melaka, Lagi Menyelerakan Nak Makan

iCookAsia

Mesti ramai suka makan Sagu Gula Melaka kan? Rasa lembut dan sedap sahaja untuk dikunyah. Digandingkan pula dengan kuah Gula Melaka yang cukup rasa, memang puas hati makan ini sebagai dessert

Jom Min kongsikan tips untuk buat Sagu Gula Melaka oleh seorang pengguna Facebook ini.

Terima kasih Ena Linda untuk perkongsian tips Sagu Gula Melaka ini 🙂

Bahan- bahan:

  1. Pertama sekali, jangan rendam sagu anda sebekym merebus.
  2. Seterusnya, jangan basuh, boleh tuang terus sahaja ke dalam kuali atau periuk anda.
  3. Pastikan air betul-betul menggelegak atau mendidih baru masukkan sagu.
  4. Yang ini penting, jangan selalu kacau sagu, hanya sekejap-sekajap sahaja, nanti sagu akan hancur dan jadi seperti bubur.
  5. Letak air dalam kuantiti yang banyak supaya sagu senang untuk mengembang.
  6. Jika sudah masak atau tiada putih-putih, baru lalukan sagu anda di bawah air paip dengan menggunakan tapis.
  7. Akhir sekali, jika letak pewarna, biarkan ia selama 10 minit supaya warna meresap masuk ke dalam sagu dan selepas 10 minit, tapiskan ia dan lalukan bawah air paip.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ena Linda(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x