Negeri Johor memang terkenal dengan pelbagai jenis juadah tradisional yang wajar kita pelajari. Anda kini boleh belajar sendiri resepi tradisional Johor ini daripada yang pakar iaitu Datin Hamidah & Datin Kalsom.
1. Cap Chai
https://www.youtube.com/watch?v=zXEeJK83i78&t=2s
Masakan ini bukannya masakan tipikal orang Melayu. Cap chai adalah bermaksud anekan sayuran dalam bahasa Hokkien. Ia dipanggil sebegini kerana pelbagai jenis sayur dicampurkan dalam satu hidangan. Resepi ini sangat mudah untuk dimasak. Anda perlu mencubanya sendiri!
2. Gulai asam pedas
https://www.youtube.com/watch?v=FZRm_kjBk4Y&t=9s
Orang Johor suka makan nasi dengan masakan gulai lebih daripada masakan kari. Di Johor masakan gulai tidak mengandungi santan seperti kebanyakan kari. Rencah-rencah direbus atau ditumis hingga matang terlebih dahulu sebelum dimasak.
3. Sotong masak hitam
https://www.youtube.com/watch?v=3Q9IiZHd7Go&t=17s
Kebiasaanya apabila kita masak sotong, semua isi dalam perut akan dibuang. Untuk memudahkan cara kita biasanya menggunakan kicap untuk mendapatkan warna hitam. Tetapi dalam masakan ini pundi tinta hitam digunakan untuk mendapatkan warna hitam.
4. Acar Rampai pulang hari
https://www.youtube.com/watch?v=YkZEjDDLpFY&t=33s
Acar ini biasanya dihidangkan dalam majlis perkahwinan. Kerana ia sesuai dimakan bersama pelbagai jenis nasi. Sayur dicampur dan digaul dalam mangkuk bersama kapur terlebih dahulu. Resepi ini sangat mudah dan berkhasiat.
5. Kole kacang
https://www.youtube.com/watch?v=fKyo6vVQ7qA&t=12s
Kuih kole kacang lebih terkenal di antara kuih-kuih lain di Johor. Ia diperbuat dari tepung kacang hijau, gula melaka dan santan. Keunikan rupa kuih ini terletak pada warna coklat yang bertahtakan “tahi minyak” di atasnya (hasil daripada menggoreng santan)
6. Pisang tiga serangkai
https://www.youtube.com/watch?v=V-OUB7uyoSs&t=16s
Pisang tiga serangkai juga dikenali sebagai pisang air gula atau sira pisang. Resepi ini sangat mudah untuk dibuat. Pisang direndam dalam air gula untuk meresapi kemanisannya.
7. Kuih lopes
https://www.youtube.com/watch?v=OdtaLPe9amM&t=16s
Kuih lopes adalah makanan tradisional negeri Johor. Secara tradisinya daun pisang dilipat tiga segi dan kemudian diletakkan beras pulut didalamnya. Ia dihidangkan bersama kelapa parut dan air gula melaka. Resepi ini kini menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Resepi-resepi ini diambil dari buku ‘Johor Palate: Tanjung Puteri Recipes’ tulisan Datin Kalsom & Datin Hamidah. Dapatkan buku ini sekarang dengan email kami di [email protected] atau whatsapp sahaja di 019.395.1091