fbpx

Transformasi Luar Biasa, Dapatkan Aiskrim Hello Kitty Sempena Ulang Tahun Ke-45.

iCookAsia

Crème De La Crème (CDLC) menjadi pilihan Sanrio, syarikat pemegang lesen Hello Kitty dari Jepun untuk menyambut ulang tahun ke-45 Hello Kitty yang ikonik untuk peminatnya di Malaysia.

Apa yang menarik, debut CDLC Hello Kitty ini menyaksikan transformasi luar biasa yang akan dipersembahkan dalam bentuk set aiskrim bertemakan Hello Kitty, petits gâteaux, dan “Bloop! Bloop! Bloop!” (minuman terkenal CDLC).

Diilhamkan oleh perkara-perkara kegemaran Hello Kitty:

Aiskrim Buatan Tangan
Apple Pie Crumble: Menterjemahkan pai epal kegemaran Hello Kitty dengan vanila Madagascar. Kegembiraan yang berolak dengan manisan epal segar buatan tangan, kulit kayu manis dan crumble.

Strawberry Fantasy: Letupan gastronomi perisa strawberi – aiskrim strawberi, jem strawberi buatan tangan dan potongan strawberi segar.

Petits Gâteaux
Kitty White: Dinamakan dengan kasih sayang dan kerap mengikuti Hello Kitty, ini gabungan aiskrim vanila Madagascar, sorbet buah strawberi, buah markisa, krim buah markisa, crumble dan coklat.

Cincin Persahabatan: Meraikan “persahabatan” yang merupakan penyatuan yang lazat daripada aiskrim keju, aiskrim strawberi, jem strawberi,sorbet pic, sitrus crumble dan coklat.

Bloop! Bloop! Bloop!
Gula: Hamster peliharaan Hello Kitty akan memperkenalkan bancuhan buah strawberi segar, daun basil segar, limau perahan dan raspberi yang segar.

Charmmy Kitty: Kucing peliharaan Hello Kitty akan jatuh cinta dengan hidangan susu segar yang bercampur dengan strawberi, dihiasi dengan aiskrim strawberi dan potongan buah pic.

“Kami sangat menggemari Hello Kitty dan ini adalah satu penghormatan yang besar kerana Sanrio telah memilih kami untuk kerjasama istimewa ini. Kami tidak sabar untuk meraikan bersama-sama CDLC dan peminat-peminat Hello Kitty. Ia akan menjadi pengalaman pelbagai deria rasa yang hebat”, kata Lio Lim, pengarah urusan CDLC.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x