fbpx

Resepi Fritatta Bayam. Telur Dadar Versi Mewah

iCookAsia

Frittata merupakan hidangan telur dadar versi lebih mewah dengan pelbagai bahan di dalamnya seperti ayam, daging, sayuran, cendawan dan kentang.

Sesuai dibuat santapan petang bersama keluarga. Jadi tidaklah anak-anak bosan kan dengan hidangan telur yang sama.

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan A:
10 biji Telur
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
6 sudu besar Keju parmesan

Bahan-bahan B:
200 g Isi ayam, dipotong dadu
2 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
20 g Mentega
200 g Kentang, dipotong memanjang
50 g Bawang kuning, dihiris
3 biji Cendawan butang, dihiris
50 g Bayam muda
15 biji Tomato ceri, dibelah dua

Cara menyediakan:
1. Campurgaulkan bahan-bahan (A) sehingga sebati.
2. Perapkan isi ayam bersama 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
3. Cairkan mentega, kacau goreng ayam sehingga separuh masak.
4. Masukkan kentang, kacau goreng sehingga sedikit keperangan.
5. Masukkan bawang kuning, cendawan butang, bayam dan tomato ceri. Kacau sekata.
6. Perasakan dengan 1 sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa.
7. Tuangkan bancuhan (A) dan ratakan.
8. Dengan api perlahan, biarkan sehingga telur ¾ masak.
9. Telangkupkan pinggan di atas telur dan terbalikkan.
10. Alihkan telur semula di dalam kuali dan biarkan ia masak sepenuhnya.
11. Sedia untuk dihidang.
Tips: AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa boleh dijadikan sebagai toping.

________________________________________
Beli barang dapur online dengan mudah!:

1. Tempered Glass Stove: http://bit.ly/377ZF5f
2. Wokpan, Frypan & Spatula : http://bit.ly/33Yagiv
3. Kitchen Blender : http://bit.ly/39e8Umj
4. Cookware Essential : http://bit.ly/2LbJVVL
5. Non Stick Wok : http://bit.ly/33XrLPX
_____________________________________

Follow kami:
Facebook: https://www.facebook.com/iCookAsia/
Instagram: https://www.instagram.com/icookasia/
Google : https://plus.google.com/+TryMasak/
Twitter: https://twitter.com/icookasia

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x