Bila melihat menu mewah yang terhidang di atas meja hotel, akan terlintas dalam fikiran, pasti sukar nak menyediakannya. Iyalah, kalau sudah namanya chef hotel, mesti bermacam teknik yang digunakan dan bahan-bahannya bukan mudah nak cari kan?
Boleh tinggalkan pemikiran lapuk itu dan cepat-cepat beransur ke dapur. Buka youtube Icookasia dan boleh mulakan memasak.
Jangan lupa follow Hashim Jamsari di lama Facebook https://www.facebook.com/hashimjamsari dan di laman Instagram https://www.instagram.com/m_jamis80
Bahan A : diperap
300 gm/ 2nos lamb shank
1 sudu besar serbuk paprika
1 sudu besar
Garam
Lada sulah
½ sudu besar majerin ADELA
20 ml minyak masak
Bahan B : Tumis
70 gm bawang besar – yang sudah di potong dadu
30 gm bawang putih – di ketuk
45 gm batang leek – yang sudah di potong dadu
45 gm lobak merah – yang sudah di potong dadu
45 gm batang saderi- yang sudah di potong dadu
1 tangkai rosemary
1 tangkai daun thyme
1 helai daun bay
60 gm puri tomato
1 sudu besar sos tomato SAJI
400 ml sos perang (4 sudu kecil serbuk sos perang + air)
300 gm tomato – potong dadu
4 biji cendawan butang
Garam dan lada sulah secukup rasa
20 ml madu/gula perang
300 ml jus delima
Hiasan :
150 gm ubi kentang – sudah di kopek kulit
1 sudu besar majerin ADELA
50ml cooking cream
3 ulas bawang merah
½ batang lobak merah
3 batang asparagus
Cara :
1. Lumurkan daging lamb shank bersama garam, lada sulah, serbuk paprika dan tepung gandum.
2.Kemudian tuang sedikit minyak dalam pan yang panas dan masukan lamb beberapa minit untuk seal dan color.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan semua bahan yang dipotong dadu sehingga naik aroma.
4. Kemudian masukkan puri tomato, tomato sos tumis dan kacau sehingga pecah minyak.
5. Masukan jus delima
6. Selepas itu, masukkan sos perang, kacau dan tambahkan tomato yang sudah dipotong dadu.
7. Masukkan madu/gula,cendawan, garam dan lada sulah. Akhir sekali masukan lamb shank.
8. Tutup dan reneh lebih kurang satu jam setengah sehingga daging empuk.
9. Ambil ubi kentang dan rebus. kemudian buat kentang putar.
10. Potong sayur mengikut saiz kesukaan, gaulkan dengan minyak,garam dan lada sulah. Bakar sehingga masak.
11. Akhir sekali, tuangkan sos ke atas daging tersebut. Hiaskan bersama daun rosemary.