fbpx

Cara Buat Bubur Nasi Yang Lembut Dan Sedap. Tak Sampai 30 Minit Siap

iCookAsia

Musim demam dan batuk selesema ini memang sesuai sangat makan bubur kan. Memang membangkitkan selera, kalau nak lebih sedap, masak bersama lauk seperti ayam kicap atau sambal, telur masin, ikan masin dan sayuran.

Untuk membuat bubur nasi yang lembut, senang sahaja caranya, campakkan semua di dalam rice cooker dan siap.

“Someone ajar cara paling mudah nk buat bubur nasi yg lembut & sedap. Guna rice cooker je ni. Tak sampai 30 minit dh siap dah pun.

✔️ Beras (ikut la byk mana nk, saya guna sikit je tu, tak sampai pun setengah cup, suku2 gitu lah tapi hasil kejadiannya hampir penuh jugak rice cooker comel saya ni)

✔️ Air (sukatan beras:air = 1:10) lebih pun takpe

✔️ Campak 2 ulas bawang putih, halia hiris nipis, carrot didadukan

✔️ 1 kiub pati ayam

✔️ Isi ayam (ikut korang nk letak bahagian ayam apa2 pun boleh kot, but since I only have chicken breast, so I just use whatever I have)

Lobak merah – potong dadu
Halia hiris nipis
Bawang putih 2 ulas
Beras
1 kiub pati ayam
Air (beras:air = 1:10) atau lebih
Campak semua. Tekan butang cook. Done!

Masukkan semua dlm periuk nasi. Tekan button cook. Biar sampai masak. Nanti dh mendidih, kacau rata. Isi ayam dh masak. Keluarkan. Hiris nipis. Masukkan balik isi ayam ke dalam periuk. Tambah air jika perlu. Tambah garam sikit bila bubur dh nk pekat.

Makan nanti tabur la daun sup/daun bawang, bawang goreng & letak sikit minyak bijan pun sedap.”

Sumber : Iqq Tiyani

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x