fbpx

Tart Nenas Bunga Harum Mewangi, Laku Keras Sampai Tak Cukup Tangan Ambil Order

iCookAsia

Setiap perniagaan mesti ada kisah ringkas yang berlaku di sebaliknya kan? Seperti kata Mardziah Hj Yahya, pada mulanya tart nenas ini diberikan sebagai buah tangan untuk guru kelas anaknya dan bermula daripada situ, pesanan untuk kuih ‘berhantu’ ni tidak putus-putus dan kini menjadi pendapatan sampingan setiap kali menjelang Hari Raya.

Apa yang menarik, ia bukan tart gulung yang selalu kita lihat. Tart nenas ini berbentuk bunga dan pemilik berbesar hati untuk berkongsi langkah demi langkah pembuatannya.

Bahan inti tart nenas :

Nisbah 1 biji nenas : 5 cm kulit kayu manis, 5 helai daun pandan dan 5 kuntum bunga cengkih.

Kisah bermula bila anak akak beri tart nenas ini pada guru kelasnya. Selepas itu guru itu terus order dan repit order diikuti guru2 lain. beberapa tahun berturut2 akak hanya fokus membuat tart nenas ini sahaia untuk tempahan Hari Raya dari guru2 anak  akak. Best ambil tempahan biskut walaupun pun akak bekerja tetap. Rezeki ada di mana2 jika kita rajin berusaha.

Resepi kulit tart ini adik2 boleh ambil mana2 resepi kulit tart tetapi untuk jem nenasnya sila masukkan anggaran lima centimetre kulit kayu manis, 5 helai daun pandan dan 5 kuntum bunga cengkih untuk sebiji buah nenas. Sebabnyaa ialah tart nenas ini tart bunga jadi kena la special dari tart yg bukan bunga😀 Bunga kan harum mewangi??? haa gituuu😀

Akak guna acuan tembaga yg akak rembat (dapat izin lepas tu) dari rumah mak akak yang nenek akak gunakan untuk buat kuih bangkit setiap kali raya. Memang legen acuan ni👍

Akak beri panduan step by step di bawah ini ya. Jika dilihat paparannya akan nampak jelas cara akak memotong jem iaitu ambil jem segengam dan  bentukkan silinder berdiameter saiz duit syiling 10 sen. Selepas itu potong anggaran satu CM. Amat memudahkan dan akan mendapat saiz yg regular shape iaitu saiz yang sama besar apabila di gentel bulat👍

Untuk pastry atau kulit tart pula boleh gunakan roling pin atau kayu penggelek. Akak biasa letakkan plastik di atas pastry sebelum menggelek agar tidak melekat. Gelek atau role dengan ketebalan 1/2 CM…jangan sekali2 terlalu nipis dari ini. Nanti hasilnya tidak cantik dan mengancam. Selamat mencuba ya adik2 tersayang semua.

Sumber : Mardziah Hj Yahya

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x