fbpx

Garlic Bread Dan Mushroom Soup Ala Pizza Hut. Boleh Buat Stok Di Rumah

iCookAsia

Teruja sangat apabila resipi yang dikongsi benar-benar menjadi kan? Bukan senang sebenarnya orang mahu berkongsi resipi asal, dan apabila ada yang ikhlas mahu berkongsi, hanya rasa syukur dapat diungkapkan.

Alhamdulillah semua yang berkongsi resipi di laman web icookasia berbesar hati memanjangkan ilmu untuk tatapan semua.

Untuk kali ini, kalau korang penggemar garlic bread dan mushroom soup, apa kata cuba resipi yang dikongsi Nurul Balqis. Menurut reaksi yang pernah mencuba, rata-rata bagi lima bintang.

“Garlic bread and mushroom soup tersangat sedapppp macam kat pizza hut. Rangup krup krap krup krap and bila celup je mushroom soup terus cair dalam mulut. Nyummy yumm yummm 😋.

Cara Qis ni, senang and simple je tak payah guna banyak bahan. So korang pon senang nak buat kat rumah sambil usap-usap rambut suami. Gitohhhh

Bahan-bahan

– Sup cendawan campbell

– Susu krimer sejat

– Bawang putih

– Butter/marjerin

– Parsley leave yang kering

– Roti baguette perancis

Bahan untuk sapu dekat roti

– Butter

– Bawang putih (hiris halus sehalusnya)

– Parsley leave

Gaul rata sampai jadi macam dalam gambar tu. Yang lebih boleh simpan dalam peti. So next time, tak payah buat dah.

Potong roti perancis tadi menyerong macam dalam gambar.

Kemudian  sapu campuran bawang putih, butter, dan parsley leave tadi one side sahaja.

Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus ye sayang-sayang.

Bahan untuk soup tersangatlah senang. Hanya guna soup campbell yang cendawan, susu cair & parsley leave sahaja. 

Ada orang letak jugak isi ayam dan kiub pati. Lagi sedappp. 

Sumber : Nurul Balqis

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x