fbpx

Popia Ikan Bilis. Kudapan Paling Simple Tapi Confirm Laku. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Resipi Popia Ikan Bilis ini memang cukup win sebab cara nak membuatnya mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Malah tak perlu ada kemahiran pun, bak kata orang, tutup mata pun boleh siap.

 

Bahan :

Kulit popia (keluarkan daripada peti ais dan terus potong segi empat)

Ikan bilis – dibasuh dan keringkan

Minyak untuk menggoreng

Tepung gandum / tepung serbaguna

 

Cara :

1. Bancuh tepung gandum dalam dua sudu. Bancuhan untuk lekatkan ikan bilis dan kulit popia.

2. Kulit popia yang telah dipotong itu disusun atas dulang. Celupkan belakang ikan bilis yang dibelah dua ke dalam bancuhan tepung dan tampak di kulit popia. Biarkan seketika agar kulit popia keras.

3. Bancuhan jangan terlalu tebal.

4. Panaskan minyak dan goreng.

5. Siap untuk dimakan.

6. Popia yang sudah siap boleh ditabur dengan powder cheese atau serbuk kari. Namun popia ini sedap dimakan begitu sahaja.

Sumber : Zuraini Abu Bakar

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x