fbpx

Kuih Tako Sengkuang Cina. Sejuk Rangup Untuk Santapan Berbuka. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Kuih Tako Sengkuang Cina ini antara kuih popular waktu bulan Ramadan. Kalau tiada acuan daun pandan, gunakan sahaja bekas kecil yang ada. Kuih ini cukup enak dan terasa kesegaran dan kerangupan setiap kali gigitan, ditambah rasa lemak manis. Nikmatnya.

 

“Salam semua.. ada yang suka kuih TAKO.. sis share resipi paling mudah n senang ya..mesti cuba buat bulan puasa… yang penting sangat sedap.”

Lapisan bawah: (Hijau @pandan)

1 cawan tepung jagung

5 cawan air

1 cawan gula

5 biji sekuang cina ( tiada pun tak apa)

Pewarna hijau

 

Cara:

1. Masukkan semua bahan di atas kecuali sengkuang. Kacau sampai sebati dulu tanpa hidupkan api. Selepas itu masak menggunakan api sederhana kemudian perlahan.

2. Apabila adunan sudah nampak likat, baru masukkan sengkuang cina. Tutup api jika adunan sudah mengelegak dan likat.

3. Masukkan ke dalam acuan pandan atau bekas kecil. Siap lapisan bawah.

Lapisan atas: (santan @putih)

1/2 cawan tepung jagung

4 cawan santan (saya guna santan kotak kara. Jadikan 4 cawan)

Sedikit garam

 

Cara:

1. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sebati. Kemudian masak sampai menggelegak.

2. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas adunan pertama tadi.

3. Masukkan ke dalam peti sejuk dan baru makan. Sejuk rangup sengkuangnya.

Sumber : Iza Fenny

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x