Siapa yang alergik dengan belacan, boleh menggunakan resipi ini kerana ia dimasak tanpa belacan dan santan.
“Takde belacan, takde santan. Resepi arwah bonda mak senior sekolah dulu. Resepi kredit untuk kak asma Nurul Mansor.”
Bahan :
500g kacang tanah
13 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras (saya letak dua biji)
Sejemput air asam jawa (saya guna satu sudu asam jawa paste adabi)
2 keping asam gelugor (saya guna 3 keping)
5 sudu gula (ikut resepi asal sedap kalau guna gula merah, tapi tak ada, saya letak 5 sudu gula perang, tiga sudu gula biasa)
Garam
Perasa (resepi asal ada, tapi saya tak letak)
Saya tambah 2 batang serai
Cara :
1. Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan kacang. Kacau sampai ada bunyi meletup.
2. Masukkan bawang besar dan buah keras. Goreng sehingga agak garing, masuk cili kering, serai dan goreng sampai garing semuanya.
3. Kemudian tos minyak. Dan biarkan sejuk sedikit.
4. Kisar semua bahan yang digoreng, campur dengan air dalam dua cawan.
5. Masukkan semula bahan kisar dalam minyak goreng tadi. Minyak perlu banyak baru kuah kacang garing dan cantik.
6. Masukkan gula, air asam jawa, asam gelugor, garam semua sekali dan perlu kacau selalu. Sebaiknya menggunakan api yang kecil.
7. Bila nampak dah pecah minyak, kuah kacang dah siap.
Sumber : Syamiza Atikah