fbpx

Brownies Bites. Confirm Laku Keras, Tak Sempat Tunggu Raya. Resipi #Ramadan

iCookAsia

Menarik perkongsian resipi kali ini, brownies dalam bentuk yang cukup comel dan mini. Senang untuk disimpan dalam balang untuk kudap-kudap selepas moreh kan?

“Assalammualaikum. Sempena meraikan kakmin pakai baju xs, dengan happynya kakmin nak share satu lagi resepi untuk hangpa semua. Satgi raya, boleh buat makan2 sambil layan tv dan beraya secara virtual dirumah masing2. Terimalah BROWNIES BITES by HZSWEETTOOTH”

 

Bahan A – Cairkan guna microwave (30 saat pun cukup)

200 gm Beryls Dark Chocolate Coins

90 gm Butter

 

Bahan B – Campur sekata sampai naik buih sikit

2 biji Telur – dibasuh

90 gm Gula Perang

15 gm Gula Kastor

*Kalau nak menggunakan 105 gram gula perang terus pun takpa. Kalau guna semua gula kastor, timbang jadi 100 gram sahaja, jika tidak akan manis.

 

Bahan C – Ayak

80 gm Tepung Gandum

30 gm Serbuk Koko

 

Cara :

1. Cairkan Bahan A dalam microwave.

2. Masukkan Bahan A ke dalam bahan B yang dah naik bubbles sikit.

3. Kemudian masukkan Bahan C yang sudah diayak ke dalam bahan AB.

4. Kacau manja sampai sebati sehingga teksturnya menjadi seperti dodol sikit.

5. Masukkan ke dalam piping bag dan pipe ke dalam cup saiz kecil yang buat kuih raya tu.

6. Kalau nak letak chocholate chip/badam/kekacang, boleh letak sebelum bakar.

7. Buka pintu oven sikit lepas dah cukup masa.

8. Bakar pada suhu 175C menggunakan api atas bawah selama 17 minit. Ini mengikut kepanasan oven masing-masing. Pemilik resipi gunakan The Baker 100L.

 

Nota :

1. Kalau nak buat brownies yang saiz 8 inch, tambah baking powder (5g) kat Bahan C. Bakar selama 27 minit dengan suhu 175C.

2. Bakar kekacang/badam dalam 5 minit sebelum tabur di atas bites untuk efek crunchy. Tapi kalau tak buat pun takpa.

3. Kalau nak drizzle topping Nutella/creamcheese/caramel, buat selepas dah bakar. Bukan sebelum bakar.

4. Kalau nak buat dalam cupcake size, boleh tambah masa menjadi 20 minit. Bergantung kepada oven masing-masing.

5. Tak perlu guna mixer. Kacau manja dengan senduk sudah.

Sumber : Hasminda Hassan

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x