fbpx

Kuah Lodeh Opah – Anak Beranak Berebut Makan

iCookAsia

Kuah lodeh kalau tak ada di atas meja masa sarapan, memang tak sah. Selain di makan dengan nasi impit, ada juga yang menikmatinya begitu sahaja. Buatlah apa sahaja, Kuah Lodeh adalah pelengkap pagi. Betul tak? Psttt, jangan lupa kuah kacang dan sambal sekali ya.

Bahan :

3 sudu besar Minyak masak

1 ½ liter Air

250 g Kubis, dipotong

150 g Lobak merah, dipotong nipis

150 g Kacang panjang, dipotong serong

250 g Udang, dibersihkan

1 cawan Santan

1 keping Fucuk, direndam

30 g Suhun, direndam

1 keping Tempe, dipotong kepingan dan digoreng

2 keping Tauhu, dipotong kepingan dan digoreng

3 sudu besar RASA SIFU™ Penambah Perasa Semua Dalam Satu

2 sudu kecil Gula

 

Bahan-bahan A: dikisar

1 biji Bawang besar

5 ulas Bawang putih

1 inci Halia

3 inci Kunyit hidup

5 tangkai Cili kering, direbus

15 g Udang kering

Sedikit Air

 

Cara menyediakan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar (A) sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan kubis, lobak merah, kacang panjang, udang dan santan. Didihkan sehingga sayur sedikit masak.
  4. Masukkan pula fucuk, suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
  5. Perasakan dengan RASA SIFU™ dan gula. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidang.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x