fbpx

Tak Pandai Minum Air Putih? Cuba Amalkan Air Detoks Ni. Banyak Manfaat Untuk Badan.

iCookAsia

Selalunya untuk membuang toksin dalam badan, kita dinasihatkan untuk minum air kosong. Namun harus diakui, bukan semua suka rasa air kosong. Jadi sukar nak amalkan gaya hidup sihat.

Apa kata pelbagaikan minuman kesihatan dengan air detoks, iaitu campuran air bersama buah dan sayuran segar. Ia tidak perlu dimasak atau diperah, sebaliknya buah dan sayuran dihiris dan direndam ke dalam air sekurang-kurangnya 30 minit.

1. Timun + Limau Nipis + Lemon

Timun bersifat sejuk dan baik untuk kulit dan ia mengandungi sejenis sebatian yang disebut sterol yang sangat baik untuk mengurangkan paras kolesterol. Gabungkan dengan lemon dan limau nipis untuk mengurangkan berat badan dan kecantikan kulit.

2. Strawberi + Kiwi

Vitamin B dalam strawberi berfungsi membantu melancarkan perjalanan darah selain mampu meningkatkan metabolisme badan. Sementara kiwi berupaya menyingkirkan lebihan lemak.

3. Lemon + Limau nipis + Oren

Tiga gabungan buah ini kaya dengan mineral dan asid sitrik untuk membantu pencernaan. Kalau nak kempiskan perut dan buang lemak pada bahagian peha, jangan lupa amalkan.

4. Pudina + Teh hijau + Limau nipis

Teh hijau mempunyai kandungan kafein yang rendah dan kaya dengan antioksidan yang baik untuk pelawasan. Gabungkan tiga bahan ini, kecantikan akan terpancar daripada dalam.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x