fbpx

Kuah Lemak Lontong aka Kuah Lodeh Paling Simple Buat Sarapan.

iCookAsia

Kuah lemak lontong atau kuah lodeh antara hidangan wajib sarapan dan pagi raya. Kalau tak ada umpama tak lengkap hari. Pekena pula dengan sambal, memang sempurna.

Resipi merupakan resipi asal Nur Sabiha Rosli dan dikongsikan kembali oleh اراني زواوي

 

Bahan :

1/4 biji Kobis

1 batang Lobak merah – potong panjang

9 batang Kacang panjang

1 ikat Suhun

1 keping Fucuk – potong panjang

1 keping Tempe – potong dadu dan goreng dahulu

2 batang Serai – ketuk

1 cawan Udang hidup

1/2 biji Kelapa parut

Garam gula secukup rasa

Serbuk kunyit

 

Bahan kisar :

8 ulas Bawang merah

3 ulas Bawang putih

1 inci Kunyit hidup

1 inci Halia

2 sb Udang kering

Cara :

  1. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama serai dalam periuk. Isikan air separuh daripada periuk dan masak sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
  2. Masukkan udang dan sayuran yang keras dahulu.
  3. Kemudian masukkan santan separuh periuk dan kacau sehingga mendidih.
  4. Masukkan kunyit sehingga warna nampak cantik dan masukkan pula semua sayuran, suhun dan tempe yang telah digoreng. Masak sehingga sayur lembut menggunakan api perlahan.
  5. Akhir sekali perasakan dengan gula dan garam

Kredit resipi & foto : اراني زواوي

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x