fbpx

Pemilihan Butter Penting Untuk Hasilkan Premium Butter Cake. Kek Rasa Lebih Mewah. Cuba Resipi Ini.

iCookAsia

Walaupun menggunakan resipi yang sama, namun pemilihan bahan premium dan berkualiti tinggi menjadikan kek dan biskut lebih enak dan punya rasa lebih mewah.

Seperti resipi Premium Butter Cake perkongsian Nuqiliz Ressa ini, wajib menggunakan butter jenama premium agar kek mentega lebih gebu dan lebih sedap.

 

Bahan :

6 biji Telur – asing putih dan kuning

1 sb Ovalate

3 sb Susu pekat

1 cawan Gula castor (160 gm – 170 gm)

1/4 cawan Susu segar (50 gm)

150 gm Butter – wajib gunakan jenama premium butter, pemilik resipi menggunakan Golden Churn dalam tin)

1 sk Esen vanila

 

Bahan ayak :

200 gm / 2 cawan Tepung gandum

1 sk Baking powder

 

Cara :

  1. Ayak tepung dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur dan gula sehingga menjadi meringue. Ketepikan.
  3. Masukkan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan putar sehingga gebu.
  4. Selepas itu, masukkan meringue tiga peringkat dan kaup balik adunan sehingga sebati.
  5. Panaskan ketuhar.
  6. Griskan loyang dan alas sekeliling loyang dengan baking paper.
  7. Bakar adunan menggunakan api atas bawah pada suhu 160c selama sejam.

Kredit resipi & foto : Nuqiliz Ressa

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x