Bila ke pasar malam, antara juadah yang selalu dibeli ialah Tepung Talam. Campuran manis dan berlemak memang sedap dan memenuhi selera. Kali ini, admin nak share kan, resepi Tepung Talam Ubi Kayu. Jom kita tengok
BAHAN-BAHAN
Bahagian bawah
3 cawan ubi kayu yg diparut
1 kotak kecil santan kara + air 1 cawan
1 cawan gula
Garam secukup rasa
Pewarna kuning
Bahagian atas
1 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1 kotak santan kara kecil
2 cwn air
Garam secukup rasa
CARA-CARA
- Sapukan minyak @ lapikkan plastik pada loyang.
- Campur semua bahan untuk bahagian bawah dan kukus selama 30 minit.
- Untuk bahagian atas, masakkan semua bahan (jangan pekat sangat), kemudian tuangkan ke atas ubi tadi, gariskan dengan garfu untuk bagi melekat atas dan bawah.
- Kukus semula selama 30 minit. Siap.
Selamat mencuba!
Kredit: Shikin Shikin
Untuk dapatkan perkakas memasak yang berkualiti, layari https://shop.icookasia.com/