Melihatkan cara memasak sahaja sudah cukup buat kecur liur. Siapa kata sukar untuk memasak hidangan mewah dan lazat untuk keluarga? Namun ada cara dan langkah yang harus dipatuhi. Barulah ada umphhh.
Adela Vanaspati merupakan ‘hero’ utama dalam menu Spices Butter Chicken. Rasa mewah mentega beradun rasa dengan ayam dan ‘gravy’ menaikkan lagi aroma dan melengkapkan enam rasa deria lidah.
Jangan lupa follow Safiyyah Khairul Anuar di laman Facebook dan di laman Instagram
Bersedia untuk memasak?
Bahan perapan :
400 g Isi ayam tanpa tulang – potong sederhana besar
1 sb ADELA VANASPATI – cairkan
2 sb – Yogurt Greek
2 sb Serbuk cili
1 sb Serbuk kunyit
1 sb Garam masala
2 ulas Bawang putih – cincang
1 inci Halia – cincang
Secubit garam dan lada hitam
Bahan Kuah :
2 sb ADELA VANASPATI
1 labu bawang kecil – potong dadu
2 ulas Bawang putih – cincang
1 inci Halia – cincang
2 biji Pelaga
2 biji Cengkih
1 sk Serbuk cili
1 sk Serbuk garam masala
1 tin tomato puri
100 g Buah Gajus
Gula dan garam
Hiasan :
Daun ketumbar
2 biji Cili hijau
1 sb Yogurt Greek
Cara :
1. Perap ayam dengan semua bahan yang disenaraikan selama tiga jam atau semalaman di dalam peti ais.
2. Panaskan ketuhar pada suhu 170’C dan bakar ayam selama 15 hingga 18 minit.
3. Sementara itu, sediakan bahan untuk sos. Cairkan ADELA VANASPATI di dalam pan.
4. Tumis bawang kecik sehingga layu, kemudian tambahkan bawang putih dan halia.
5. Selepas itu, masukkan semua bahan kering dan masak sehingga berbau wangi selama satu minit.
6. Tambahkan satu tin tomato puri dan gajus. Gaul rata sehingga mendidih.
7. Masukkan sos di dalam pengisar dan kisar halus.
8. Akhir sekali, masukkan kembali sos yang dikisar dan masukkan ayam yang telah dibakar.
9. Hias.
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/