Resipi nasi jagung perkongsian Faizah Md Zain ini menggunakan berat basmathi dan untuk sukatan 1 kilogram beras. Turut disertakan tips penting menggunakan beras basmathi agar nasi cantik panjang dan tidak patah.
Bahan :
1 kg Beras (basmathi jasmine pusa cream)
1/2 tin Susu cair
1/2 tin Jagung (beli yang bukan creamer)
10 biji Bawang merah kecil – kisar
8 biji Bawang putih – kisar
1 inci Halia – hiris
Rempah 4 sekawan – pek kecil
5 sb Minyak jagung – untuk tumis bawang
3 sb Marjerin / butter – masuk semasa nasi sudah kering supaya nasi lembut
Garam secukupnya
2 helai Daun pandan
Daun ketumbar – sedikit namun jika tiada tidak mengapa
1 air (guna sukatan yang sama seperti sukatan berat. Contoh nisbah 1 beras : 1 air
Cara :
- Panaskan minyak jagung dan tumis rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan daun pandan sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air dan susu cair. Gaul rata.
- Masukkan pula halia, garam dan biarkan mendidih.
- Selepas mendidih, masukkan beras yang sudah dicuci. Biarkan mendidih dan untuk mendapatkan nasi yang panjang dan tidak patah,kacau sewaktu air masih banyak namun jangan terlalu kerap kacau.
- Masukkan jagung dan daun ketumbar.
- Biarkan nasi masak dan akhir sekali baru masukkan marjerin atau butter.
- Untuk dihidang, taburkan bawang goreng.
Kredit resipi & foto : Faizah Md Zain
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/