fbpx

Wajib Ada Sos Thai Dekat Rumah. Makan Dengan Pulut Ayam Dan Nasi Ayam Memang Power.

iCookAsia

Tidak perlu risau jika tidak dapat melancong ke luar negara dan nikmati hidangan authentik mereka, buat sahaja sendiri di dapur. Macam Sos Thai ni, memang sedap kalau dimakan bersama nasi ayam , bihun goreng dan pulut ayam. Malah boleh dijadikan rencah untuk memasak.

Terima kasih Rozmaliza Omar atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

250 gm Cili padi merah** (anggaran pedas)

125 gm Cili besar **

5 biji Tomato ranum **

1 labu Bawang putih**

1 tangkai Daun ketumbar**

450 ml Air

500 gm Gula

250 ml Cuka

1 sk Garam

1 sb Tepung jagung

3 batang Akar daun ketumbar

Daun ketumbar – dihiris kasar

 

Cara :

  1. Kisar semua bahan bertanda ** tetapi jangan lumat sangat.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan gula, cuka, garam dan akar ketumbar. Masak sehingga mendidih dan sentiasa dikacau.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga sederhana pekat. Tutup api. Taburkan hirisan daun ketumbar.
  4. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Kredit resipi & foto : Rozmaliza Omar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x