fbpx

Kek Coklat Kukus Step By Step. Senang Je Cara Nak Buat.

iCookAsia

Hari ini warga Lembah Klang kembali dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) gara-gara peningkatan ke Covid-19 di seluruh negara. Dan di kala satu keluarga berkumpul pada hari ini, apa kata hidangkan Kek Coklat Kukus sebagai pengubat hati yang sedang lara.

Terima kasih Norhaizura Yahman atas perkongsian resipi dan langkah demi langkah yang disertakan sebagai panduan.

 

Langkah demi langkah :

  1. Untuk bahan pertama, sediakan 3 biji telur dan 3/4 cawan gula. Kacau perlahan.
  2. Bahan kedua, sediakan 1 cawan susu pekat, 1 cawan air panas dan 1 cawan minyak masak.
  3. Masukkan susu dan kacau, air panas dan kacau dan minyak dan kacau.
  4. Bahan ketiga diayak dahulu : 2 cawan Tepung gandum, 1 cawan Serbuk koko, 1sk Soda bikarbonat dan 1 sk Baking powder.
  5. Masukkan ke dalam adunan tadi dan gaul sebati.
  6. Sapukan loyang dengan marjerin.
  7. Panaskan pengukus terlebih dahulu dan masukkan loyang ke dalam pengukus.
  8. Balut tudung pengukus dengan kain supaya air tidak menitis atas kek. Kukus menggunakan api sederhana selama 45 minit.

Kredit resipi & foto : Norhaizura Yahman

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x